Dan kepada sesiapa yang nak beli e-book leh Klik kat sini.. dan kepada yang membeli semasa promosi ini saya akan meminta testimonial untuk dimuatkan di dalam iklan beserta LAMAN WEB ANDA.. :D.. PROMOSI hehe..

Money Is Not Everything But Everything Is Money
Membeli rumah barangkali adalah pelaburan paling mahal anda akan lakukan seumur hidup anda. Tetapi, tahukah anda, dengan mengikuti beberapa tips mudah, anda akan dapat mengurangkan kadar bayaran bagi rumah anda? Berikut adalah beberapa tips yang anda boleh anda gunakan untuk bayaran rumah anda:
1: Bayar bayaran bulanan rumah anda 2 kali sebulan. Sekali pada awal bulan, dan bakinya di pertengahan bulan. Sebagai contoh, jika selalu anda membayar RM1,000 tiap tiap hujung bulan, ubah cara anda dan bayar RM500 pada awal bulan, dan selebihnya RM500 pada pertengahan bulan. Dengan melakukan ini, anda berjaya mengurangkan kadar faedah sepanjang hayat pinjaman perumahan anda. Dengan cara ini sahaja, anda akan berjaya mengurangkan kadar jangka hayat pinjaman rumah anda tanpa menambah jumlah bayaran bulanan. Ini adalah kerana kadar fauedah pada tiap-tiap bulan dapat dikurangkan dengan membahagikan bayaran anda.
2: Apabila membeli rumah, bayar 2 bulan bayaran rumah anda terlebih dahulu. Jikalau bayaran bulanan rumah anda adalah RM1,000. Cuba cari jalan untuk membayar RM2,000 pada mulanya jangka hayat pinjaman rumah. Dengan membayar dua kali ganda bayaran bulanan rumah anda pada permulaan walaupun sekali, anda akan mengurangkan jumlah jangka hayat pinjaman anda kepada beberapa tahun. Dengan hanya membayar lebih pada permulaan pinjaman, anda dapat menjimat beberapa tahun bayaran bulanan!
3: Bayar 10% lebih dari bayaran bulanan rumah anda. Jikalau bayaran bulanan adalah RM1,000, cuba bayar RM1,100 sebulan. Dengan melakukan ini, anda akan dapat menjelaskan jumlah bayaran rumah anda dengan lebih pantas. Tahukah anda, selepas menjelaskan kesemua bayaran rumah anda (kebiasaannya 30 tahun), anda sebenarnya telah membayar berkali-kali ganda harga rumah tersebut? Ini adalah kerana sejumlah besar dari bayaran anda akan membayar faedah pinjaman. Oleh itu, dengan menambahkan jumlah bayaran bulanan walaupun sedikit, anda berjaya mengurangkan faedah yang dikenakan.
Moga dengan tips ini, anda akan dapat berjimat atas aset anda yang paling berharga!
Salam cemerlang, sehingga berjumpa lagi :)
MELIHAT dari segi luarannya,penampilan lelaki ini cukup ringkas dengan kemeja T lengan panjang berwarna merah tanpa sebarang aksesori yang menunjukkan bahawa dia adalah seorang jutawan .
Mungkin tidak ramai yang mengenali anak muda bernama Irfan Khairi ini.Beliau merupakan seorang graduan dari Universiti Staffordshire,Britain yang pernah bekerja di sebuah syarikat teknologi maklumat [IT] terbesar di Birmingham,iaitu Netmedia [UK] Ltd.
Selaku seorang pereka system multimedia dan perunding internet, Irfan bertanggung jawab mencipta satu system pembelajaran internet,dipanggil Learning Grid yang digunakan oleh lebih 5,000 buah sekolah di Britain.
Namun , Irfan nyata tidak puas dengan pencapaian tersebut.Berasaskan minatnya yang mendalam dalam bidang internet dan perniagaan, dia memulakan ‘perusahannya’ sendiri pada tahun 1999.Perniagaan itulah yang membawanya menjadi seorang jutawan pada usia yang begitu muda.
‘Perjalanan untuk mencari satu juta ringgit bermula ketika saya belajar di Universiti Teknologi Mara [UiTM] dalam bidang yang saya kurang minat iaitu ekonomi. Minat saya sebenarnya lebih kepada designing [seni rekaan] .Lepas habis belajar di UiTM , saya melanjutkan pelajaran ke Britain dalam bidang multimedia,’Katanya.
Sejak itu, Irfan cuba mengaplikasikan bagaimana untuk mendapatkan wang daripada kemahiran rekaannya. Irfan sedar jika dia bekerja dengan orang, dia tidak akan dapat menghasilkan banyak wang.Justeru, Irfan mengambil keputusan untuk bekerja sendiri sebagai pereka .
Perniagaan internetnya yang melibatkan perkhidmatan mereka bentuk buku eletronik [e-book] laman web, grafik, SEO [Search Engine Optimization], menjual peta, penempahan hotel, perunding multimedia, e-niaga dan pembelajaran, nyata berkembang dengan pesat.
‘Internet adalah cara saya mendapatkan pasaran yang lebih luas. Bermula dari situ [Kira-kira enam tahun lalu] ,tiga tahun kemudian saya berjaya memperoleh RM1 juta yang pertama,’ jelas Irfan secara jujur.
Perkhidmatannya digunakan oleh lebih 3,000 pelanggan dari serata dunia,kebanyakannya dari Amerika Syarikat , Britain, Negara Eropah,Timur Tengah, Jepun dan Australia.
Menurut Irfan, dia memang seorang yang bermotivasi dan telah menetapkan matlamat untuk menjadi seorang jutawan sebelum umur 30 tahun. Usahanya bermula sejak berusia 18 tahun lagi.
‘Saya membaca kisah-kisah kejayaan, biografi tokoh-tokoh berjaya dan belajar tentang perniagaan. Akhirnya saya berjaya. Tapi ambil masa tujuh tahun jugalah. Walaupun saya berjaya memperolehinya pada usia itu, jangan fakir ia sesuatu yang cepat.’katanya yang hanya memandu sebuah kereta nasional keluaran Perodua.
Namun, Irfan melihat kejayaannya itu bukan sekadar mengumpul kekayaan. Sebaliknya, dia menilai dari aspek etika kerja, kualiti dan usaha gigih kerana mahu melihat sejauh mana potensi dirinya.
Menurut Irfan lagi, seseorang boleh menjadi jutawan dalam apa jua industri, sama ada hartanah, perniagaan ataupun saham. Cuma kita perlu mendapatkan ilmu yang berkaitan dengan sesuatu bidang itu.
‘Pendidikan atau pengetahuan ini penting dari segi pengkhususan dalam industri yang ingin kita ceburi. Kita sering melihat industri orang lain lebih berjaya dan berpendapatan tinggi. Apabila telah masuk industri itu, kita lihat industri lain pula yang lebih baik Kalau macam itu, tiada kesudahannya,’ ujar Irfan yang gemar menonton TV .
Dia juga menyatakan bahawa masih banyak jurang [peluang] yang perlu diisi di Malaysia.
‘Misalnya, sebelum ini di Amerika, banyak program TV seperti Home Improvement, kita tidak ada program seperti itu. Tetapi bila tersiarnya rancangan seperti Casa Impian, maka ia jadi suatu perkara yang unik. Di Malaysia banyak lagi jurang. Seorang harus mengisinya dan mereka pasti akan berjaya,’ katanya.
Salam Cemerlang Jumpa Lagi!!
Maxis, KLCC & Measat hanyalah 3 dari sejumlah besar projek yang melibatkan beliau.
T. ANANDA Krishnan adalah individu yang menguasai Maxis dan beberapa syarikat awam lain. Beliau lebih dikenali dengan nama AK. Pada tahun 2003, beliau adalah individu terkaya di Malaysia.Kejayaan
Beliau adalah Pengasas Usaha Tegas Sdn. Bhd. dan beliau memiliki 70 peratus saham Usaha Tegas. Beliau juga memiliki sepenuhnya, yakni 100 peratus pegangan dalam Binariang Satellites Systems atau BSS.
Aspirasinya adalah menjadikan Measat Broadcast Network Systems atau Astro sebagai syarikat media bertaraf global. Melalui Binariang Satellites Systems beliau memiliki dua buah satelit orbit, iaitu Measat 1 dan Measat 2. 43 peratus pegangan dalam KLCC Holdings. Tetapi, beliau sudah menjual kepentingannya dalam KLCC Holdings dan memperoleh RM1.2 bilion.
Usaha Tegas Sdn. Bhd. pula memiliki 33 peratus kepentingan dalam Tanjong Plc, 90 peratus kepentingan dalam Maxis Communications Berhad, 100 peratus pegangan dalam Measat Broadcast Network Systems. Tanjong Plc pula memiliki 84 peratus saham Powertek Bhd.
Beliau juga mempunyai kepentingan dalam Bumi Armada Berhad, iaitu syarikat perkapalan. Objektif Bersatu Sdn. Bhd. dengan 49 peratus kepentingan. Syarikat filem yang berpusat di Hong Kong, iaitu Celestial Pictures Ltd. dengan 100 peratus kepentingan. Kepentingan Ananda Krishnan dalam Celestial Pictures Ltd. dibeli daripada Shaw Brothers pada tahun 2000 dengan harga RM292.6 juta.
Dua buah syarikat, iaitu Zodan dan Zudavi. Dua syarikat itu adalah antara enam buah syarikat yang diberikan hak menggali minyak dan gas di Indonesia pada tahun 2001. Kepentingannya dalam Bumi Armada Berhad diperoleh melalui Objektif Bersatu Sdn. Bhd., iaitu syarikat yang dibeli dengan usahawan bernama Wan Ariff Wan Hamzah.
Projek-projek yang menyumbang kepada kekayaan
Antara projek yang berjaya dan mendatangkan hasil yang lumayan adalah projek pembangunan KLCC iaitu usaha sama di antara Usaha Tegas Sdn. Bhd. dan Petronas.
Melalui pegangannya dalam Tanjong Plc pula, Usaha Tegas Sdn. Bhd. mempunyai kepentingan dalam industri hiburan seperti dalam Tanjong Golden Village Cinemas. Kedua-dua Tanjong Plc dan Powertek Berhad masing-masing mempunyai permodalan pasaran sebanyak RM2.2 bilion dan RM1.2 bilion. Maxis pula mempunyai seramai 2.3 juta pengguna, menjadikannya syarikat telekomunikasi yang terbesar di Malaysia.
Perkhidmatan TV Satelit Astro kini meliputi beberapa negara seperti Malaysia, Taiwan, Indonesia, India, Filipina, Brunei dan Vietnam. Di Malaysia sahaja, 850,000 orang menggunakan perkhidmatan TV Satelit Astro. Astro kini bernilai RM4 bilion. Binariang adalah syarikat televisyen satelit pertama negara, diberikan monopoli selama 20 tahun, iaitu sehingga tahun 2017.
Perniagaan di luar negara
Ananda Krishnan mempunyai kepentingan dalam bidang minyak dan gas di Amerika Syarikat, Sri Lanka, Mesir, Indonesia dan sebagainya. Beliau juga dikatakan memiliki dua buah studio animasi, sebuah di Filipina dan sebuah lagi di Hollywood. Beliau juga memiliki ladang pembakaan kuda di Australia. Selain itu, AK juga memiliki kepentingan dalam TVB.com, iaitu TV interaktif yang berpusat di Hong Kong.
Pendidikan
Ananda Krishnan berketurunan Tamil dan bapanya berasal dari Sri Lanka. Beliau bersekolah rendah di Sekolah Rendah Tamil Vivekananda, Kuala Lumpur. Kemudian, beliau bersekolah di Victoria Institution, Kuala Lumpur.
Seterusnya, beliau melanjutkan pelajaran ke University of Melbourne bagi mendapatkan ijazah sarjana muda pentadbiran perniagaan. Bagi peringkat sarjana pula, beliau melanjutkan pengajiannya ke Harvard University, Amerika Syarikat pada tahun 1964 dalam bidang ijazah pentadbiran perniagaan. Selepas mendapat ijazah sarjananya, beliau memulakan perniagaan dalam perdagangan minyak dan gas.
Keistimewaan
Ananda Krishnan adalah usahawan yang pandai memanfaatkan teknologi baru dan peluang perniagaan yang muncul. Kebijaksanaannya terserlah lagi kerana apabila Menara Berkembar Petronas dilancarkan, kadar penghuniannya adalah 100 peratus. Kini, kadar penghuni bagi Menara Berkembar Petronas masih tinggi, iaitu pada kadar 80 peratus.
Sumbangan
Ananda Krishnan banyak menyumbang kepada aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan. Contohnya, beliau mendermakan sebanyak RM160 juta kepada beberapa dana pendidikan di Malaysia.
Syarikat yang menyumbang dengan jumlah RM160 juta itu adalah Maxis Communications Berhad, Tanjong Plc dan Measat Broadcast Network Systems Sdn. Bhd. Daripada jumlah itu, RM100 juta didermakan kepada Dana Harapan Nusantara.
Dana Harapan Nusantara ditubuhkan oleh Ananda Krishnan sendiri melalui syarikatnya Usaha Tegas Sdn. Bhd. khas bagi pelajar Bumiputera. Dana Harapan Nusantara juga diberi peruntukan khas, iaitu 300 juta saham dalam Maxis yang bernilai kira-kira RM100 juta, yang dapat dijual apabila perlu.
Dana Harapan Nusantara juga melaksanakan pelbagai projek. Antaranya adalah projek bagi membantu pelajar Bumiputera melanjutkan pelajaran ke luar negara melalui program berkembar di universiti dan kolej swasta tempatan.
Mulai tahun 2004, 100 orang pelajar dipilih setiap tahun bagi menyertai program itu. Selain itu, sebanyak RM5 juta juga diperuntukkan bagi pengurus dan profesional Bumiputera supaya mereka dapat menyertai program pendidikan eksekutif di Harvard Business School.
Usaha Tegas juga menubuhkan Yayasan Yu Cai dengan geran awal sebanyak RM25 juta. Yayasan Yu Cai diwujudkan bagi menyemai dan membangunkan bakat dalam pelbagai bidang.
Sumbangan pertama Yayasan Yu Cai adalah sebanyak RM5 juta yang diperuntukkan bagi membantu penubuhan Jabatan Amalan dan Falsafah Tradisional Cina di Universiti Tun Abdul Razak.
Usaha Tegas juga memperuntukkan sebanyak RM5 juta bagi Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia. Selain itu, Tanjong, Maxis dan Measat pula secara bersama menyumbangkan sebanyak RM10 million kepada Universiti Tun Abdul Razak.
Petikan ini adalah dari SaifulSham.com.
Baiklah, hari ini saya ingin berkongsikan perihal keusahawanan yang dapat saya korek dari sesebuah web. Beliau adalah seorang usahawan tani yang baru mengorak langkah tetapi kini sudah mampu berbangga atas pencapaiannya.
Saya teruja untuk bercerita mengenai beliau disebabkan beliau masih muda, berumur 23 tahun akan tetapi mempunyai sebuah syarikat sendiri yang melibatkan diri dalam dunia pertanian.
Husam, 23, adalah seorang pelajar jurusan IT di sebuah universiti(UTP). Dilihat dari luaran, ramai yang akan beranggapan beliau adalah anak orang kaya dengan gayanya memandu Toyota Vios ketika masih menuntut.
Husam telah memulakan bisnes sejak awal kemasukannya di UTP. Pada awalnya, beliau memulakan bisnes alat muzik yang diimportnya dari negara Arab. Dengan kelebihan ibunya berdarah arab, sedikit sebanyak beliau tahu selok belok berniaga import alat-alat muzik terutama negara-negara Teluk.
Satu pencapaian mengkagumkan saya!
Husam menyambung lagi, perniagaan alat muzik itu tidak bertahan lama kerana permintaan yang tidak berapa menggalakkan. Kemudian, beliau menggunakan keuntungan perniagaan alat muzik itu untuk menukar perniagaannya, usahawan kambing!
Ya, Husam mula melibatkan diri dengan perniagaan haiwan ini pada tahun lepas. Beliau mengimport baka kambing Australia (yang besar macam anak lembu) dan dikacuknya dengan kambing tempatan.
Disamping menternak kambing itu, beliau juga menggunakan peluang membuat trading terhadap kambing yang dibelinya dari penternak di ladang dan dijual kembali kepada kedai-kedai makanan.
Kini, beliau mempunyai kontrak untuk membekalkan 12 ekor kambing sehari kepada sebuah restoran mamak! Saya membuat kira-kira, jika untung bersih (termasuk setelah ditolak kos-kos sampingan) yang diambilnya adalah RM30 untuk seekor kambing, Husam boleh membuat keuntungan berjumlah RM 360 sehari!
Kata Husam lagi, sebulan sekurang-kurangnya ada 25 hari tugasnya. Bermakna, Husam mempunyai pendapatan bersih RM9,000 dari perniagaan trading kambing sahaja sebulan.
Saya sebenarnya kagum akan usia dan usahanya. Siapa sangka diuniversiti yang selalu menekankan bidang kejuruteraan dan IT, terdapat juga segelintir pelajar yang mempunyai semangat usahawan dan tidak bergantung kepada mana-mana pihak untuk mendapat kerja setelah tamat belajar.
Kata Husam lagi, kandangnya kini diuruskan keluarganya dan ahli keluarga beliau menjadi pekerja syarikatnya.
Husam memberitahu, beliau membahagikan masa belajar dan berniaga. Selalunya beliau akan pulang ke ladangnya setiap hari Jumaat dan pulang semula ke universiti pada hari sabtu atau ahad.
Orang seperti Husam mungkin hanya seorang dari puluhan ribu pelajar IPT. Beliau nampak apa yang orang lain tidak nampak. Itu yang membuatkan saya kagum akannya.
Saya percaya beliau tidak akan keluh kesah jika apabila tamat graduasi tahun ini, beliau tidak perlu menunggu berbulan-bulan untuk mendapat kerja.
Husam adalah contoh usahawan tani yang sedang meningkat maju. Yang saya kagumnya, beliau usahawan tani ketika masih menuntut. Itu yang tiada pada orang lain.
Bidang ini sememangnya mempunyai potesi besar untuk berjaya!! :)