29 July 2006

Pendapat Anda Tentang Blog Ini

Assalamualaikum kepada semua pembaca setia d3ly.blogspot,

Sebelum kami pergi krusus pada esok, lebih baik kami meminta pendapat anda tentang blog ini.Anda ada masa selama lima hari untuk mengkritik blog ini secara LIVE hehe :p.Berilah komen tentang blog ini seberapa banyak yang anda mampu demi memperbaiki mutu blog ini.Anda tidak perlu menggunakan nickname anda.. anda boleh munggunakan nama a
nonymous supaya lebih pedas dan membina kritikan.Ini dipanggil muhasabah diri.. di dalam perniagaan pun kita perlu bertanya kepada pelanggan kita tentang baik buruk perniagaan kita.

Jemput semua beri komen tidak kira tua,muda,otai,cikgu,pelajar,ushawan, & sebagainya demi untuk melihat d3ly.blogspot terus maju dan maju.

Sekian Terima Kasih...


P/S:Berilah komen/kritikkan banyak-banyak hehehe :P.Sesiapa yang tidak memberi kritikkan seperti musuh kami hehehe sebaliknya yang memberi kritikkan kawan kami... Doakan keselamatan kami semasa menghadiri krusus tersebut..

By:Adly a.k.a Labanon

27 July 2006

Kursus

Assalamualaikum kepada semua pembaca d3ly.blogspot,

Ini adalah post pertama saya.. nampaknya saya perlu banyak belajar daripada Labanon tentang cara nak post.Dia sudah lama mendesak saya hari ini barulah saya mengahantar post saya.

Ini bukan tips tetapi hanya untuk memaklumkan yang kami telah terpilih untuk menghadiri kursus kepimpinan jadi kami tiada untuk masa seminggu. Jadi kami memohon maaf kerana tidak dapat mengepost tips dalam tempoh tersebut.Segala Kesulitan Amat Dikesali.

Itu sahaja.

By : Naqib a.k.a Slaughterer

23 July 2006

Datuk K

Assalamualaikum kepada semua pembaca d3ly.blogspot,

Hari ini lebih kepada cerita benar yang bertauladan hehhee...

Huh nak citer kisah kelmarin yang boleh dibuat pengiktibaran kepada semua.Ceritanya bermula begini saya dan kawan saya Datuk K(bukan nama sebenar) ingin pergi ke Panji(nama tempat di Kelantan ,sesapa yang penah pegi Kelantan mesti mengenalinya..) untuk satu urusan peribadi hehe..

Naik motor laa ni... dalam perjalanan ke panji sambil-sambil menikmati keindahan bumi Kelantan cewahh.. tiba-tiba motor yang ditunggang oleh saya dan Datuk K(sekali lagi bukan nama sebenar) putus tali minyak.. maklumlah malang tidak berbau. Huh dah le panas terik apalagi bincang punya bincang terpaksa laa tolak motor ke kedai repair motor kat depan sikit. Tolak punya tolak akhirnya sampailah ke destinasi yang ditunggu-tunggu orang melayu lah yang menjadi tauke.

Datuk K pun letak motor saya hanya melihat motor dia kan haha :p dan suruh dia baiki nak tahu apa yang dia cakap "Ohh... tak berbaloi laa nak buat ni.. banyak benda kena buka baru boleh tukar tali minyak".
Jadi dia suruh kami pegi tolak motor ni sampai kedai satu lagi. Huh naik angin saya kerja dah repair motor yang sukar sikit tak nak buat... ni laa orang Melayu dalam hati saya.

Dipendekan cerita saya dan Datuk K(hanya nama samaran) pun tolak motor hingga ke kedai depan huh jauh -_-" taukey kedai motor ini berbangsa cina... saya baru letak motor dia terus ambik dan tanya "Apa problem??" Datuk K pun cakap la "motor putus tali minyak jadi boleh baiki ka taukey".. "Boleh-boleh apasal pulak tak boleh sayakan keje repair motor mesti boleh" jawab tauke Cina takdi.
Huhu jadi anda semua mesti tahu kenapa orang Cina lebih berjaya dan kaya daripada orang Melayu.

Kesimpulanya..
#-Orang Melayu: Kerja memilih hanya pentingkan wang
#-Orang Cina:Kerja tidak memilih & tidak kira kerja itu susah atau senang dan sentiasa buat bersungguh-sungguh.

P/S: Gunalah room Chat Usahawan di tepi untuk memberi ucapan selamat hari rayake.. hehe guna selagi boleh guna.
Lagi ramai lagi meriah

BY: Adly a.k.a Labanon

21 July 2006

Tawar-Menawar

Assalamualaikum kepada semua pembaca d3ly.blogpsot,

Baiklah pada hari jumaat yang indah ni saya akan memberitahu anda satu tips yang indah jugak laa... :p

Janganlah menyerah kalah sehingga titisan darah terakhir.Hahaha patriotik betul tips pada hari ini.Cuba anda gunakan tips ini untuk membeli pasti anda akan mendapat harga yang murah. Hahaha satu lagi tips terbongkar... tawar-menawarlah sehingga ketitisan darah terakhir jangan mengalah biar sipenjual tuh yang mengaku kalah.
Amalkan tips ini anda pasti akan dapat menjimatkan wang...... tetapi kenalah muka tebal sedikit hahaha..:)) Memang menjadi tips ini saya melihat ayah saya sentiasa menggunakanya..

P/S : Belum Cuba Belum Tahu.. Jumpa Lagi
By: Labanon

18 July 2006

Role Model

Assalamualaikum kepada semua pembaca d3ly.blogspot,

Huhuhu saya harap rakan-rakan jangan saja baca tips tapi bagilah komen bagi untuk membetuli diri saya jua.. :p Bagilah komen seberapa banyak pun lagi banyak lagi bagus lagi banyak kita leh kongsi ilmu betul kan??

Baiklah pada tips kali ini kita mesti ada role model kita dalam perniagaan barulah kita akan lebih cepat maju berbanding orang-orang lain. Anda boleh jadikan orang-orang yang hebat sebagai role model anda unutk mengikut jejak langkah meraka untuk berjaya dan terus berjaya.Banyak role model yang kita boleh dapatkan dari segi bidang perniagaan contohnya Donald Trump,Bill Gates dan lain-lain lagi. Orang melayu tidak kurang hebatnya anda boleh lah mengambil Dr.Irfan,SaifulSaham,SmartZul,CikguOnline dan lain-lain sebagai role model anda :p.
Banyak kelebihan jika kita mempunyai role model kepada diri sendiri... ia akan meningkatkan motivasi diri kita sekaligus membuat kita berusaha 110% untuk mencapai target kita. Kebiasaan manusia akan mempunyai matlamat yang tinggi daripada role modelnya(mengikut buku x ingat tajuk -_-").Dan banyaklah lagi kelebihan mempunyai role model huhuhu anda carilah sendiri.. di dalam belajar kita tidak hanya boleh mengambil tetapi perlu juga mencari barulah pelajaraan itu lebih efective(huh kalah cikgu aku hahaahaha).

Kami juga mempunyai role model iaitu Rasullulah s.a.w.. beliau begitu berjaya dalam menjalankan perniagaan. Di antara sifat yang membuatkan beliau bejaya dalam perniagaan ialah kerana sifat beliau sendiri antaranya:

1)Amanah- Sifat ini amat penting untuk semua usahawan lebih-lebih lagi yang mempunyai teamate, perlulah saling memegang amanah barulah perniagaan akan berjaya.

2)Jujur- Walaupun dalam perniagaan internet kejujuran amat penting bagi memuas hati para pelanggan. Jangan cakap lain beri lain.. perlulah jujur

Itulah sahaja... yang lain anda perlu cari sendiri :p... Jadi mulai hari ini carilah role model anda dan ikutlah jejak langkahnya(yang baik saja.. yang buruk jangan laa ikut pulak ehehe) nanti lain pulak jadinyer.

P/s: Ingat komen jangan tak komen.. sebelum itu renungilah pepatah ini "Jika anda membuka perniagaan bersedialah untuk menutupnya" maksudnya setiap sesuatu usaha pasti ada kegagalan jadi anda perlu bersedia. Pepatah yang baru direka nihs oleh saya :))

Sekian wassalam jumpa lagi... :)

By:Adly a.k.a Labanon

15 July 2006

Google AdSense


Assalamualaikum kepada semua pembaca setia d3ly.blogspot,

Untuk pengetahuan semua kami sedang menjalani peperiksaan(doakan kejayaan kami) :p.

Sudah ramai yang meletakkan Google AdSense di website masing-masin kan?? Jadi tahukah anda apakah perkara yang akan membuatkan pihak Google blacklistkan anda untuk selama-lamanya??
Baiklah... jadi elakkan daripada melakukan perkara dibawah:

a)Klik di laman web sendiri

Ini kerana Google akan mengetahui siapakah yang mengclick. Dari alamat IP hinggalah maklumat akaun anda, mereka boleh mengesan aktiviti-aktiviti haram sedemikian dan anda tidak akan dapat duit itu :(.
Lebih malang lagi jika anda mahu mendaftar semula tidak diterima lagi. Anda telah di Blacklist

b)Menyuruh kawan mengklik di web anda.

Huhuhu... anda menyuruh kawan anda mengklik di laman web anda dan anda pula mengklik di laman web kawan anda itulah maksudnya. Google dapat mengesan walau apapun cara yang anda gunakan. Bagi yang sedang menggunakan taktik ini baik berhenti sebelum dikesan.. hehe.
Jadi lakukanlah dengan jujur.

Itulah sahaja pada hari ini sekian wassalam
P/s: Ade sesape tahu apakah lagi perkara yang perlu dielakkan menggunakan Google AdSense?? Dialu-alukan untuk memberi comments.

By : Labanon

13 July 2006

Teamate

Assalamualaikum kepada semua pembaca d3ly.blogspot,

Post kali ini just nak perkenalkan nickname baru bagi teamate saya yang akan mengpost tips kepada anda selepas peperiksaan ini... huhu sibuk sekarang :P.. Nick name seperti berikut:

Adly a.k.a Labanon (saya)

Naqib a.k.a Slaughterer

Baiklah itu saja pada hari ini..... Semoga dengan kedatangan Naqib blog ini tidak kesunyiaan lagi..
Jangan lupa support blog ini : cikguonline,smartusaha,Saifulsham,Shuhaimy!!

By : Labanon

10 July 2006

Produk Fizikal

Assalamualaikum kepada semua pembaca d3ly.blogspot,

Pada post yang terdahulu saya telah memberitehu secara kasar tentang produk fizikal dan digital. Baiklah kali ini saya mahu memberitahu anda semua kelebihan dan kelemahan produk fizikal.

KELEBIHAN
  • Boleh membuat sendiri produk mengikut kemahuan dan cita rasa anda
  • Berpontensi untuk diniagakan di internet
  • Mungkin ada peniaga internet ingin menjadi pengedar barangan anda.
  • Kebanyakkan produk memang betul-betul berkualiti
KELEMAHAN
  • Magrin keuntungan kecil berbanding produk digital
  • Perlu sentiasa mengawasi stok untuk pastikan cukup untuk keperluan pelanggan
  • Anda perlu mengepos kepada pelanggan
  • Kemungkinan besar produk akan rosak(jika tidak kena caranya)
Itulah saja pada hari ini.. dialu-alukan jika anda ingin menambah KELEBIHAN atau KELEMAHAN produk fizikal.. Wassalam.Jumpa Lagi :P

Ketahui Tips Pelaburan di SaifulSham(my Sifu hehehe)
By: Labanon

07 July 2006

Sayangilah Wang Anda

Assalamualaikum kepada semua pembaca d3ly.blogspot,

Pada post kali ini saya akan ceritakan tindakan seorang bebas kewangan bila mempunyai wang berdasarkan pengalaman bacaan saya selama ini.

Jika seseorang bebas kewangan mempunyai wang dia akan melabur kepada perkara menguntungkan dan tidak seperti orang yang mahu masalah kewangan sentiasa menghantuinya yang bila mempunyai wang membeli perkara-perkara yang tidak berfaedah(perkara yang tidak boleh memulangkan wang) seperti membeli telefon yang mahal sedangkan semakin hari harganya semakin berkurangan.. bukankah baiknya anda membeli komputer untuk memulakan perniagaan internet :) . Perkara yang paling untung kita melabur ialah dengan melabur kearah ilmu kerana dari ilmu terhasilnya wang,dari ilmu wang kita dilaburkan ditempat yang betul. Jadi jika anda mempunyai wang janganlah sentisa membelanjakan mengikut hawa nafsu sebaliknya membelanjakan wang anda kearah yang lebih menguntungkan.

Sekian wassalam... Jumpa Lagi..

04 July 2006

10sen

Assalamualaikum kepada semua pembaca d3ly.blogspot,

Pada tengah hari yang indah ini saya ingin menyampaikan sebuah puisi yang bertajuk 10sen.. :)

10sen..
Tanpamu ku tak dapat mengahwini seseorang,
Tanpamu ku tak dapat menjadi bebas keewangan,
Tanpamu ku tak dapat menjadi jutawan,
Tanpamu duitku tak cukup satu juta,
Tanpa kereta idamanku tidak dapat ku pandu,
Tanpa mu tak dapat ku pergi umrah,
Tanpa mu aku tak dapat bagi baki 10sen kepada pembeli,
Tanpa mu aku sayu tak dapat naik bas..

Oh begitu pentingya dirimu kepada diriku..

P/S: Jadi jika jatuh duit sepuluh sen tu kutip laa yerkk tengok begitu pentingnya duit 10sen..
*Ader sesapa nak tambah rangkap puisi tersebut dialu-alukan..

01 July 2006

E-Book

Assalamualaikum kepada pembaca setia d3ly.blogspot,

Hari ini saya akan memberitahu anda semua sedikit sebanyak tentang e-book dan peluang untuk diniagakan. E-book bermaksud Electronic Book dan bukanya seperti buku-buku biasa yang anda kenali sebelum ini.E-book boleh dibaca melalui komputer dan boleh dimuaturun(download) daripada internet dengan pantas kerana saiz e-book adalah kecil.

Baiklah sejauhmana peluang e-book untuk diniagakan. Peluang e-book untuk dijual dengan jayanya adalah besar kerana e-book sudah boleh diterima oleh kebanyakkan rakyat Malaysia. Anda boleh menulis apa saja yang anda tahu dan secara tidak langsung memberi teladan kepada orang lain dan menukarnya dalam format e-book dan anda boleh menjualanya. Letakkan sahaja berapa harga..RM10,RM500,RM100000.... ini kerana ia adalah hak anda.Tidakkah anda fikir ianya boleh terus maju?? Fikirkanlah... Insyallah saya juga akan meniagakkan e-book.. Jangan lupa beli nanti ekkk.... :)

Sekian saja...saya akan kupas lebih lanjut tentang e-book...Wassalam :)