11 August 2006

Leh Masuk DAH!!

Dah boleh jengok2 www.d3ly.com walaupun dalam pembikinan dan penyusunan semula maklumlah pindah rumah baru :P

Dan kepada sesiapa yang nak beli e-book leh
Klik kat sini.. dan kepada yang membeli semasa promosi ini saya akan meminta testimonial untuk dimuatkan di dalam iklan beserta LAMAN WEB ANDA.. :D.. PROMOSI hehe..


10 August 2006

Amanat Terakhir

Assalamualaikum kepada semua pembaca d3ly.blogspot,

Ini merupakan tips terakhir berada disini hehe kerana selepas ini akan berpindah ke d3ly.com (insyallah),Ini merupakan tips hartanah yang simple...hehe Jika anda hendak membeli tanah dan rumah ada 3 perkara yang perlu anda pastikan sebelum anda membelinya:

1)Lokasi
2)Lokasi
3)Lokasi

:D jelaslah lokasi merupakan faktor penting jika kita ingin membeli rumah atau tanah.
P/S: Jangan lupa support www.masjidsurau.blogspot.com !!! :p

07 August 2006

Kejutan

Assalamualaikum kepada semua pembaca d3ly.blogspot,

Saya cukup berterima kasih kepada semua kerana support saya dan memberi semangat kepada saya untuk terus dalam ebiz ini.Saya juga akan membeli domain www.d3ly.com dalam masa terdekat sebagai turning point untuk saya berjaya insyallah..

Anda mungkin terkejut jika saya mengemukakan fakta ini!!Iaitu perbelanjaan RM100 sebulan selepas persaraan tidak cukup dan anda perlu RM52ribu untuk meneruskan kehidupan bermula umur 55thn(bersara) hingga 75thn..Bayangkan begitu banyak jumlah wang yang kita perlukan untuk meneruskan kehidupan jadi anda perlu berjimat cermat dalam berbelanja bermula dari usia semuda 20-an dan melaburlah di dalam institusi yang tertentu(jangan boros). Perbelanjaan RM100 sebulan memang tidak cukup di masa akan datang dan jika anda berbelanja RM200 sebulan di dalam masa 25thn anda perlu RM104 ribu untuk meneruskan kehidupan.

Bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran didalam bidang medical di luar negara anda perlu RM1juta..ya sememangnya anda akan mendapat biasiswa tetapi ramai sekarang yang tidak mendapat biasiswa untuk menyambungkan pelajaranya dan jika anda tergolong dalam kumpulan ini bagaimana??..ya ibubapa anda memang kaya..tetapi saya rasa ibubapa anda tidakkan akan memberi anda RM1juta untuk meneruskan pelajaran percayalah bukan senang untuk menyerahkan wang sebegitu banyak
jadi berjimat-cermatlah mulai sekarang.Saya perlu menyedarkan anda semua hari ini kerana ramai rakyat Malaysia suka berboros dalam berbelanja tanpa memikirkan akibat pada masa hadapan.

Sekian Wassalam.

05 August 2006

Kepentingan Wang


Assalamualaikum kepada pembca d3ly.blogspot,

Adakah anda semua tahu kenapa pentingya kesedaran terhadap masalah kewangan dan pentingya cara pengurusan wang?
Ada pelbagai jawapan bagi persoalan ini tetapi saya ambil jawapan paling simple iaitu kerana harga barang sentiasa naik dan terus naik.Bukankah ini faktor yang menyebabkan anda perlu sedar tentang kewangan dan cara menguruskanya.Di dunia ini tidak wujud masalah kewangan tetapi masalahnya ialah cara anda menguruskan wang.

Baiklah berbalik kepada persoalan tadi, harga barangan hari ini sentiasa naik tidak mengira benda itu akan habis atau tidak.Benda yang tidak habis seperti gula,susu dan sebagainya pun harganya naik apatah lagi harga barangan yang akan habis seperti minyak yang harganya lebih cepat naik dan melambung tinggi.Jadi kesimpulanya semua harga barangan akan naik, jadi jika anda tidak mempunyai cara menguruskan wang
dengan baik anda akan sentiasa dihantui dengan masalah kewangan.Jika anda mahu bebas kewangan kuasailah ilmu menguruskan wang!!!

Sekian Wassalam...sila komen :p
By:Labanon

P/S:Sertai Seminar Memulakkan Perniagaan Internet dan Jadi Jutawan Dot.Com.Untuk Maklumat Lanjut Klik Di Sini.