29 June 2006

Rakan Kongsi

Assalamualaikum kepada pembaca d3ly.blogspot,

Huh peperiksaan semakin dekat dan sudah banyak laa jugak saya membuat persedian huhuhu :).. Baiklah pada hari ini saya ada berita gembira kerana saya sudah mendapat rakan kongsi bagi memulakan perniagaan internet dan juga mungkin akan mengepost sedikit sebanyak tips pada masa akan datang.Nanti biarlah dia sendiri memperkenalkan dirinya kepada anda.

Kenapa pentingnya rakan kongsi?Baiklah kepentinganya ialah kerja kita menjadi semakin mudah dan menjimatkan masa kita(jika kena caranya). Di dalam perniagaan internet memang kita memerlukan sangat rakan kongsi... ini kerana kebanyakkan perniagaan internet yang gagal ialah kerana tiada rakan kongsi. Mungkin anda berpendapat rakan kongsi membebankan dan lebih menyukarkan untuk melakukan kerja. Saya ingin tegaskan disini kita ada kuasa untuk memilih siapa bakal rakan kongsi kita... adakah anda mahu memilih rakan yang sukar untuk berkerjasama dengan anda?? Anda semua diberi akal untuk menilai yang mana buruk dan baik.

Ingat banyak perniaggan internet tidak berjaya kerana tidak mempunyai rakan kongsi!! JAdi pilihlah rakan kongsi yang dapat berkerjasama dengan anda sekaligus melicinkan perjalanan perniagaan anda.

Sekian saja pada kali ini wassalam... :)

21 June 2006

Bercuti

Assalamualaikum kepada semua pembaca d3ly.blogspot,

Saya sekarang ini sibuk kerana sedang merangka perniagaan internet yang bakal saya mulakan dan dengan peperiksaan yang akan berlangsung tidak lama lagi. jadi saya tidak dapat mengepost tips buat sementara waktu. Mengenai perniaggan internet apa yang anda tunggu lagi saya sudah hendak mula... :) Sesungguhnya perniaggaan internet mempunyai risiko yang rendah berbanding perniagaan lain... baiklah tak boleh lama hehehe nak study...

Salam Cemerlang Jumpa lagi!!

16 June 2006

Produk Untuk Diniagakan

Assalamualaikum kepada pembaca d3ly.blogspot,

Huhu saya sekarang amat sibuk dengan urusan persekolahan dan sudah tidak sempat untuk mengepost tips setiap hari.Baiklah pada hari ini saya akan memberitahu anda dua jenis produk yang berpotensi untuk diniagakan di internet iaitu produk digital dan fizikal.

Produk fizikal ialah produk yang dapat dirasa,dilihat dan disentuh oleh deria utama. Contohnya seperti hadiah,hardware komputer,sapu tangan dan lain-lain lagi.(banyak x cukup ruang hendak disebut :) )

Produk digital ialah produk tidak dapat dilihat dan didengar tetapi dapat dirasa dan disentuh oleh deria utama kita.Contohnya seperti rakaman audio,gambar,video lagu,e-book dan sebagainya yang dapat dimuat turun ataupun dihantar melalui e-mel pelanggan anda.

Jadi anda pilihlah untuk berniaga prodok yang mana.Dan di post akan datang saya akan memberi tahu kelebihan dan kelemahan kedua-dua produk diatas.

Salam Cemerlang Jumpa Lagi!!

13 June 2006

Membeli Rumah

Hello pembaca setia d3ly.blogspot,

Kali ini saya ingin berkongsi satu tips Irfan Khairi(Jutawan Internet) :

Membeli rumah barangkali adalah pelaburan paling mahal anda akan lakukan seumur hidup anda. Tetapi, tahukah anda, dengan mengikuti beberapa tips mudah, anda akan dapat mengurangkan kadar bayaran bagi rumah anda? Berikut adalah beberapa tips yang anda boleh anda gunakan untuk bayaran rumah anda:

1: Bayar bayaran bulanan rumah anda 2 kali sebulan. Sekali pada awal bulan, dan bakinya di pertengahan bulan. Sebagai contoh, jika selalu anda membayar RM1,000 tiap tiap hujung bulan, ubah cara anda dan bayar RM500 pada awal bulan, dan selebihnya RM500 pada pertengahan bulan. Dengan melakukan ini, anda berjaya mengurangkan kadar faedah sepanjang hayat pinjaman perumahan anda. Dengan cara ini sahaja, anda akan berjaya mengurangkan kadar jangka hayat pinjaman rumah anda tanpa menambah jumlah bayaran bulanan. Ini adalah kerana kadar fauedah pada tiap-tiap bulan dapat dikurangkan dengan membahagikan bayaran anda.

2: Apabila membeli rumah, bayar 2 bulan bayaran rumah anda terlebih dahulu. Jikalau bayaran bulanan rumah anda adalah RM1,000. Cuba cari jalan untuk membayar RM2,000 pada mulanya jangka hayat pinjaman rumah. Dengan membayar dua kali ganda bayaran bulanan rumah anda pada permulaan walaupun sekali, anda akan mengurangkan jumlah jangka hayat pinjaman anda kepada beberapa tahun. Dengan hanya membayar lebih pada permulaan pinjaman, anda dapat menjimat beberapa tahun bayaran bulanan!

3: Bayar 10% lebih dari bayaran bulanan rumah anda. Jikalau bayaran bulanan adalah RM1,000, cuba bayar RM1,100 sebulan. Dengan melakukan ini, anda akan dapat menjelaskan jumlah bayaran rumah anda dengan lebih pantas. Tahukah anda, selepas menjelaskan kesemua bayaran rumah anda (kebiasaannya 30 tahun), anda sebenarnya telah membayar berkali-kali ganda harga rumah tersebut? Ini adalah kerana sejumlah besar dari bayaran anda akan membayar faedah pinjaman. Oleh itu, dengan menambahkan jumlah bayaran bulanan walaupun sedikit, anda berjaya mengurangkan faedah yang dikenakan.

Moga dengan tips ini, anda akan dapat berjimat atas aset anda yang paling berharga!

Salam cemerlang, sehingga berjumpa lagi :)

12 June 2006

Adakah Anda Layak Menjalankan Perniagaan Internet??

Assalamualaikum kepada semua pembaca d3Ly.blogspot,

Baiklah sekarang persekolahan semesta kedua telah bermula dan saya semestinya akan sibuk dengan kerja sekolah... Huhuhu namun saya akan mencuba sedaya upaya berkongsi tips perniagaan internet setiap hari.

Terdapat Ura-ura mengatakan jika sesorang itu tidak mengetahui proggraming seperti HTML tidak dapat memulakkan perniagaan Internet.Ura-ura ini salah sekali kerana sekarang mempunyai pelbagai software yang mudah difahami untuk membina laman web yang dicipta khas untuk anda yang beginer(mcm saya).Ianya boleh dipelajari dalam masa yang singkat dan budak sekolah rendah pun boleh membina laman web dalam masa sehari apatah lagi orang yang pro macam anda.

Baiklah jika anda tidak percaya saya ambil contoh Team SaifulSham, beliau berlatarbelakangkan kejuruteraan dan dalam kejuruteraan tidak ada pembelajaran bahasa programming dan semasa bermula beliau tiada pengetahuan langsung tentang hosting,domain apatah lagi membina laman web.Sekarang Team SaifulSham merupakan antara usahawan Perniagaan Internet yang Berjaya dan dikenali ramai dengan mempunyai beberapa web perniagaan yang mendatangkan hasil yang lumayan.

Ini boleh diambil pengiktibaran bagi kita yang baru hendak bermula.Sekian saja post kali ini.

Salam Cemerlang Jumpa Lagi!!!

11 June 2006

Kelebihan Perniagaan Internet Episode (2)

Assalamualaikum kepada semua pembaca d3ly.blogspot,

Baiklah hari ini kita sambung kelebihan perniagaan internet:

4.Hampir semuanya dilakukan secara automatik-Anda tidak perlu mengawasi 24jam di hadapan komputer.Semuanya dilakukan secara automatik termasuk proses jual beli.
5.Pendapatan Lumayan-Ini kerana duit yang kita dapat adalah matawang asing bukannya RM tetapi USD.
6.Tidak perlu bejumpa klien-Inilah masalah besar bagi orang yang pemalu tetapi dengan perniagaan internet anda terselamat hehe(malahan saya sendiri pun malu), ini kerana segala proses jual beli dilakukan secara automatik.

Hah dah tahu beberapa kelebihan perniagaan internet apa lagi mulalah heheh..

P/S: Amaran Anda Perlu Mengkaji Dulu Jenis Perniagaan Sebelum Memulakanya selagi belum penuh ilmu didada jangan mula.!!!

10 June 2006

Kelebihan Perniagaan Internet Episode (1)

Hello Pembaca d3ly.blogspot,

Kali ini saya memberikan beberapa kelebihan perniagaan internet supaya anda lebih teruja untuk menceburi bidang ini.Nah ambi tips kali ini hehehe.

1.Bekerja Sepenuh Masa Dirumah-Hanya menggunakan komputer untuk perniagaan.
2.Tiada Pejabat /tempat kerja-Ia tidak mementingkan lokasi strategik dan tidak perlu membayar sewa yang tinggi.
3.Kos Yang Murah-Kos untuk memulakan perniagaan begitu murah jika dibandingkan dengan membuka perniagaan di dunia sebenar.Saya senaraikansecara kasar kos permulaan:

Streamyx(Internet) RM88/Sebulan (guna tanpa had)
Hosting RM15/Sebulan
Kad Debit RM100
Kad Kredit RM200/Seumur Hidup
Nama Domain RM35/Setahun

BERSAMBUNG..... Salam Cemerlang Jumpa Lagi!!

09 June 2006

Usahawan Tomato

Hello pembaca setia d3ly.blogspot,

Saya amat berterima kasih kepada pelawat setia d3ly.blogspot.Satu pencapaian yang membanggakan purata bagi pelawat d3ly.blogspot ialah 42 orang setiap hari Wow!!Terima kasih kepada yang membantu.Ambil seberapa banyak tips yang boleh.Kita terusakan post kita pada hari ini.

Belia kerap menganggap sektor pertanian tidak mampu memberi pulangan dan jaminan masa depan.Mereka lebih suka berhijrah ke bandar bagi mendapatkan pekerjaan yang menjanjikan pendapatan tetap.Keadaan itu menimbulkan masalah besar kepada sektor pembangunan pertanian negara pada masa depan. Jika belia tidak mahu mengerjakan tanah, siapa lagi akan berbuat demikian selepas generasi tua tidak mampu mengusahakannya.Menyedari hakikat itu, Kementerian Pertanian melancarkan pelbagai program untuk menarik minat belia berbakti kepada tanah.

PETANI muda, Harrani Dayat, 32, yang mengusahakan kebun tomato membuktikan bahawa bidang pertanian mampu memberi pendapatan lumayan jika diusahakan dengan bersungguh-sungguh melalui teknologi moden.

Beliau yang mengusahakan tanaman tomato dengan kaedah penanaman integarasi kini mampu tersenyum apabila usahanya itu sungguh menguntungkan.

Selain keuntungan berlipat ganda, penjagaan sayur-sayuran menggunakan kaedah itu juga lebih mudah dan tidak perlu berhadapan dengan risiko tinggi jika sayur-sayuran diserang penyakit.

Kepakaran dan pengalaman yang ditimba dari Institut Pertanian Semenanjung Malaysia di Air Hitam, Johor banyak membantunya dalam mengusahakan projek itu.

Beliau yang pernah berkhidmat dengan Pertubuhan Peladang Negeri Johor turut menggunakan pengalaman bekerja dalam bidang pertanian bagi memajukan projek tanamannya.

Kejayaan petani muda seperti Harrani dalam bidang pertanian adalah hasil kesungguhan Kementerian Pertanian untuk melahirkan petani muda moden bagi menjadikan kegiatan pertanian sektor produktif dan menguntungkan.

Harrani membuktikan bahawa bidang pertanian mampu memberi keuntungan lumayan melalui corak pertanian moden dengan menggunakan teknologi terkini.

Teknologi fertigrasi yang diamalkan oleh Harrani adalah teknologi terbaru dalam pengeluaran sayur-sayuran bernilai tinggi seperti tomato, terung dan cili.

Secara ringkasnya, teknologi fertigrasi ialah satu sistem iaitu nutrien (NPK dan nutrien mikro) bagi pertumbuhan tanaman dilarutkan di dalam air dan dibekalkan kepada tanaman melalui sistem pengairan titis.

Dengan teknologi fertigrasi , petani boleh mengawal dan membekalkan air dan nutrigen yang cukup dan seimbang mengikut fasa pertumbuhan pokok.

Kaedah itu juga membolehkan tanaman membesar dengan sihat dan subur serta berupaya mengeluarkan hasil yang maksimum dan bermutu tinggi.

Harrani berkata, dengan Kaedah struktur pelindung hujan dan fertigrasi hasil satu pokok tomato yang diperolehi ialah empat hingga lapan kilogram.

Jumlah itu, katanya, sama dengan lapan hingga 16 kilogram tomato bagi setiap polibeg. Kos keseluruhan (termasuk benih, media, pembajaan dan buruh) ialah sebanyak RM5.50 bagi setiap polibeg.

Katanya, setiap hari ladang moden itu menghasilkan kira-kira 400 kilogram tomato dan beliau boleh memetik hasil setiap hari selepas mencapai peringkat berbuah.

Beliau tidak bermasalah pemasaran kerana ada dua saluran pasaran tetap iaitu kepada pembeli di Singapura dan pemborong di Pasar Batu Pahat.

Selain kaedah fertigrasi, Harrani turut menggunakan rumah perlindungan dalam projek tanaman tomato itu.

Dengan kaedah perlindungan, tanamannya terlindung daripada sinaran ultraungu (UV) yang boleh mencederakan pokok, tidak terkena hujan dan dapat mengurangkan serangan penyakit.

Penggunaan rumah perlindungan, walaupun meningkatkan suhu dalaman dan seterusnya meningkatkan transpirasi tanaman, kehilangan air pada tomato boleh dikurangkan menerusi tindakan meningkatkan kekerapan pengairan.

Hasilnya, Harrani mendapati tomato tumbuh lebih sihat dan subur dengan kaedah pemugaran dan fertigrasi.

Dengan fertigrasi, beliau juga boleh membandingkan pembekalan nutrien pada pokok berdasarkan tanda pada setiap pokok.

Oleh itu, buah yang dihasilkan dapat dikawal mutunya dan kerosakan pada buah akan dapat dikurangkan.

Sistem itu juga membolehkan beliau meramal anggaran hasil dengan lebih tepat bagi tujuan pemasaran serta pokok lebih senang diurus.

Harrani berkata, dengan adanya pasaran tetap, beliau mendapati harga yang munasabah berdasarkan gred buah yang dibekalkan walaupun keadaan pasaran lembap.

Beliau memulakan projek berkenaan sejak Jun tahun lalu dengan pengeluaran modal permulaan sebanyak RM70,000 bagi keluasan 0.2 hektar.

“Kos modal yang meliputi kerja-kerja pembersihan, struktur perlindungan hujan, sistem pengairan titis serta keperluan lain untuk satu pusingan tanaman tomato sebanyak 4,000 pokok (dua pokok bagi setiap satu polibeg).

“Tuaian hasil yang diperolehi hingga akhir tahun lalu ialah sebanyak 25,000 kilogram tomato pada harga RM1.50 sekilogram,” katanya.

Beliau yang menjalankan fasa kedua tanaman terung yang dilaksanakan di kawasan seluas 0.2 hektar di kawasan terbuka turut menelan belanja sebanyak RM30,000.

Perbelanjaan yang diperlukan adalah bagi kerja pembersihan, penyediaan kawasan dan keperluan menanam 1,000 pokok terung.

Antara masalah yang dihadapi beliau ialah sistem terbuka mengundang banyak masalah serangan musuh dan kestabilan larutan nutrien akibat terkena hujan, banyak tanaman yang terpaksa dihapuskan.

Pusingan kedua tanaman tomato yang ditanam di bawah struktur perlindungan hujan iaitu sebanyak 1,500 pokok dan seterusnya tanaman tomato pada peringkat keempat.

Purata sepokok tomato hingga tamat enam bulan mampu menghasilkan purata sebanyak enam kilogram tomato sepokok iaitu 60 tan bagi setiap 0.4 hektar bagi satu pusingan atau 120 tan setahun.

Katanya, analisis yang dijalankan oleh Jabatan Pertanian menunjukkan bahawa projek yang dijalankan sangat berdaya maju dengan tempoh pulangan modal selama dua tahun.

Justeru, beliau menjalankan penanaman dengan mewujudkan struktur perlindungan hujan besi bagi kawasan seluas 0.2 hektar dengan kos lebih kurang RM70,000 bagi 0.4 hektar.

Hingga kini, beliau menanam 5,000 pokok tanaman tomato tanpa tanah yang berisikan campuran sekam padi dan sabut kelapa.

Salam Cemerlang Jumpa Lagi!!

08 June 2006

Bagaimana Hendak Menjadi Jutawan

Hello pembaca setia d3LY.blogspot,

Hari ini agak lewat saya postkan tips.. Ini kerana terdapat masalah pada blogspot yang menyebabkan saya tidak boleh sign in.Tak apalah janji saya akan sentiasa memberikan post terbaik.

Ok,pada kelmarin ada kawan saya mengajak saya menyertai Jualan Langsung(MLM) yang memerlukan kita membelanjakan RM2000... Ahh..Banyaknya maklumlah saya masih seorang pelajar.Saya memberikan alasan tiada duit dan yang paling menarik ialah ideanya yang menyuruh saya meminjam RM10 daripada 200 orang nicklist dalam telefon bimbit jadi cukuplah RM2000. Wah menarik sungguh idea yang dicadangkan oleh beliau.(walaubagaimanapun saya menolak kerana MLM tidak sesuai untuk pelajar).

Tetapi cuba anda bayangkan begitu mudah untuk menjadi JUTAWAN jika anda ambil RM10 dari 100,0000 orang dan anda sendiri fikirkan bagaimana cara anda untuk mengambil RM10 dari orang... Renungkanlah tips pada hari ini.

Jumpa Lagi Salam Cemerlang.

07 June 2006

Irfan Kahairi Jutawan Internet

Hello pembaca setia d3ly.blogspot,

Pada post kali ini saya ingin menceritakan tentang Kejayaan anak muda didalam Perniagaan Internet sekaligus membangkit semangat saya untuk menceburi bidang ini.

Dengan bermodalkan wang sebanyak RM500,Irfan Khairi yang baru berusia 28 tahun,sudah pun bergelar jutawan.

MELIHAT dari segi luarannya,penampilan lelaki ini cukup ringkas dengan kemeja T lengan panjang berwarna merah tanpa sebarang aksesori yang menunjukkan bahawa dia adalah seorang jutawan .

Mungkin tidak ramai yang mengenali anak muda bernama Irfan Khairi ini.Beliau merupakan seorang graduan dari Universiti Staffordshire,Britain yang pernah bekerja di sebuah syarikat teknologi maklumat [IT] terbesar di Birmingham,iaitu Netmedia [UK] Ltd.

Selaku seorang pereka system multimedia dan perunding internet, Irfan bertanggung jawab mencipta satu system pembelajaran internet,dipanggil Learning Grid yang digunakan oleh lebih 5,000 buah sekolah di Britain.

Namun , Irfan nyata tidak puas dengan pencapaian tersebut.Berasaskan minatnya yang mendalam dalam bidang internet dan perniagaan, dia memulakan ‘perusahannya’ sendiri pada tahun 1999.Perniagaan itulah yang membawanya menjadi seorang jutawan pada usia yang begitu muda.

‘Perjalanan untuk mencari satu juta ringgit bermula ketika saya belajar di Universiti Teknologi Mara [UiTM] dalam bidang yang saya kurang minat iaitu ekonomi. Minat saya sebenarnya lebih kepada designing [seni rekaan] .Lepas habis belajar di UiTM , saya melanjutkan pelajaran ke Britain dalam bidang multimedia,’Katanya.

Sejak itu, Irfan cuba mengaplikasikan bagaimana untuk mendapatkan wang daripada kemahiran rekaannya. Irfan sedar jika dia bekerja dengan orang, dia tidak akan dapat menghasilkan banyak wang.Justeru, Irfan mengambil keputusan untuk bekerja sendiri sebagai pereka .

Perniagaan internetnya yang melibatkan perkhidmatan mereka bentuk buku eletronik [e-book] laman web, grafik, SEO [Search Engine Optimization], menjual peta, penempahan hotel, perunding multimedia, e-niaga dan pembelajaran, nyata berkembang dengan pesat.

‘Internet adalah cara saya mendapatkan pasaran yang lebih luas. Bermula dari situ [Kira-kira enam tahun lalu] ,tiga tahun kemudian saya berjaya memperoleh RM1 juta yang pertama,’ jelas Irfan secara jujur.

Perkhidmatannya digunakan oleh lebih 3,000 pelanggan dari serata dunia,kebanyakannya dari Amerika Syarikat , Britain, Negara Eropah,Timur Tengah, Jepun dan Australia.

Menurut Irfan, dia memang seorang yang bermotivasi dan telah menetapkan matlamat untuk menjadi seorang jutawan sebelum umur 30 tahun. Usahanya bermula sejak berusia 18 tahun lagi.

‘Saya membaca kisah-kisah kejayaan, biografi tokoh-tokoh berjaya dan belajar tentang perniagaan. Akhirnya saya berjaya. Tapi ambil masa tujuh tahun jugalah. Walaupun saya berjaya memperolehinya pada usia itu, jangan fakir ia sesuatu yang cepat.’katanya yang hanya memandu sebuah kereta nasional keluaran Perodua.

Namun, Irfan melihat kejayaannya itu bukan sekadar mengumpul kekayaan. Sebaliknya, dia menilai dari aspek etika kerja, kualiti dan usaha gigih kerana mahu melihat sejauh mana potensi dirinya.

Menurut Irfan lagi, seseorang boleh menjadi jutawan dalam apa jua industri, sama ada hartanah, perniagaan ataupun saham. Cuma kita perlu mendapatkan ilmu yang berkaitan dengan sesuatu bidang itu.

‘Pendidikan atau pengetahuan ini penting dari segi pengkhususan dalam industri yang ingin kita ceburi. Kita sering melihat industri orang lain lebih berjaya dan berpendapatan tinggi. Apabila telah masuk industri itu, kita lihat industri lain pula yang lebih baik Kalau macam itu, tiada kesudahannya,’ ujar Irfan yang gemar menonton TV .

Dia juga menyatakan bahawa masih banyak jurang [peluang] yang perlu diisi di Malaysia.

‘Misalnya, sebelum ini di Amerika, banyak program TV seperti Home Improvement, kita tidak ada program seperti itu. Tetapi bila tersiarnya rancangan seperti Casa Impian, maka ia jadi suatu perkara yang unik. Di Malaysia banyak lagi jurang. Seorang harus mengisinya dan mereka pasti akan berjaya,’ katanya.

Salam Cemerlang Jumpa Lagi!!

06 June 2006

Cabaran Usahawan Muslim

Hello pembaca setia d3LY.blogspot,

HARI ini 95 peratus industri halal tempatan dikuasai usahawan bukan Islam. Pelancong dari Arab yang datang ke Malaysia menikmati makanan halal di premis bukan Islam berikutan kurangnya premis makanan yang dimiliki orang Islam.

Orang Arab terbabit sudah tentu menganggap orang Islam Malaysia tidak berusaha menghasilkan makanan halal.

Memang ada usahawan Islam yang bersungguh-sungguh mahu menembusi pasaran.

Di seluruh negara sekarang ada kira-kira 8,000 restoran Muslim. Bagaimanapun, bilangan orang Islam yang memiliki kilang memproses makanan seperti mi dan bihun boleh dibilang dengan jari.

Justeru, jika strategi tidak dilakukan, usahawan Muslim akan pudar dan akhirnya lenyap. Ini berikutan produk halal kini bukan lagi semata-mata isu agama Islam, tetapi sudah menjadi persoalan dalam bidang bisnes dan perdagangan.

Jaminan halal kini sudah menjadi simbol global bahawa produk yang bersangkutan terjamin kualitinya. Selain itu, masyarakat dunia sekarang ini cenderung memilih produk yang berlabelkan halal, hingga menjadi semacam gaya hidup, kata Jumaatun Azmi, Pengarah KasehDia Sdn Bhd, penerbit majalah Jurnal Halal.

Jurnal yang terbit dua bulan sekali itu menjadi buku panduan mengenai produk halal. Sesuai dengan namanya, jurnal berkenaan berisi informasi dan perkembangan mengenai produk halal di pasaran dunia yang merangkumi makanan, ubat-ubatan, bioteknologi dan perbankan.

Bisnes produk makanan halal sekarang ini mencecah AS$500 juta setahun.

Menurut Jumaatun, pasar produk halal sangat besar dan luas.

Di sesetengah negara maju, ada kalangan bukan Islam memilih produk berlabel halal berikutan mereka percaya produk halal bersih dan suci.

Bagaimanapun, di tengah sambutan yang meningkat dari kalangan pengguna Islam dan bukan Islam kepada produk halal, ada kalangan pengusaha rakus menyalahgunakan label halal atau memalsukannya.

Apakah pengguna di negara kita menggunakan atau dipergunakan? Persatuan Pengguna Islam Malaysia menganggap pengguna dipergunakan, bukan menggunakan.

Di negara kita, restoran yang menghidangkan ayam suntik atau seludup masih selamat tanpa menerima sebarang tindakan undang-undang. Ada juga restoran bukan Islam menampal tanda halal palsu untuk menarik pelanggan Muslim. Diharap pengguna Islam tidak tertipu tanpa berfikir panjang.

Kuih bulan pun kini berlogo halal. Seorang usahawan mengaut keuntungan RM16 juta setahun kerana membekalkan kuih bulan. Apabila logo halalnya dipertikaikan, keuntungannya menurun menjadi RM4 juta.

Pemantauan penyalahgunaan tanda halal dan pemalsuan tanda halal juga tidak konsisten. Penguatkuasaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak menyengat berikutan kekurangan anggota. Jadi, pendekatan lain perlu diambil. Khabarnya, Jakim juga sudah tidak lagi membuat pemantauan di luar negara.

Dalam rangka menerjah orang Islam dalam menghasilkan produk halal, ada yang menyarankan agar peniaga Muslim perlu melihat tujuh syarat untuk menjadi usahawan berjaya iaitu kesedaran, niat, agenda, perancangan, pelaksanaan, berterusan dan lakukan sekarang.

Aneh dan malang, ini semua dilakukan usahawan bukan Islam. Justeru, apabila orang Melayu atau Muslim mahu berniaga, satu perkara penting ialah perlu mengatasi masalah dalam diri mereka sendiri terlebih dulu.

Namun, timbul masalah kerana kebanyakannya bukan daripada keluarga usahawan. Mereka cuma memiliki modal dan minat lalu ghairah mahu berniaga serta mengaut untung segera.

Oleh kerana bukan terlatih atau dari keluarga usahawan, maka ilmu, semangat serta ketabahan tidak dimiliki. Akhirnya, apabila diuji cabaran kecil saja, terus mengalah. Usahawan Muslim perlu menghapuskan budaya negatif dalam diri mereka terlebih dulu.

Sebenarnya, budaya jelek ini juga ada dalam masyarakat bukan Islam. Cuma, usahawan bukan Islam lebih sabar (sepatutnya umat Islam yang lebih bersabar). Mereka juga bersungguh-sungguh membantu bangsanya sendiri berniaga.

Namun, jika pun mendapat sokongan semua, peniaga Muslim masih perlu dan terpaksa berhadapan dengan kebijaksanaan peniaga bukan Islam. Jadi, umat Islam yang mahu menjalankan bisnes hari ini kelihatan lebih berisiko daripada pergi berperang!

Jika bisnes orang Melayu/Islam tidak disokong orang Melayu/Islam, pendapatan mereka mengecut atau menurun. Ada gesaan dibuat agar usahawan mengikut selera dan permintaan pelanggan. Dengan ini bermakna mereka perlu lebih proaktif, bersungguh-sungguh dan serius.

Jadi, usahawan Muslim perlu mempunyai jaringan di kalangan mereka untuk menyebar luas perniagaan dan perkhidmatan yang disediakan selain mewujudkan kerjasama dengan usahawan bukan Islam.

Ada kalangan usahawan Muslim mengambil Muslim yang kurang kemahiran. Mereka wajar diselia mengenai cara melaksanakan tugasan. Asalkan mereka sanggup belajar dan bekerja keras, sudah pasti prestasi mereka dan syarikat meningkat.

Bagaimanapun, ada juga yang benak, buta hati dan berjiwa lemah berpunca dari banyak ‘mencuri tulang’ sewaktu bekerja. Dari segi Islam, perbuatan ini tiada keberkatan.

Perlu disedari bahawa tiada kejayaan tanpa pengorbanan. Usahawan Muslim perlu sanggup bersusah payah. Mereka perlu saling membantu sesama sendiri.

Sebagai pusat pertumbuhan baru makanan halal di tengah kehidupan kosmopolitan pelbagai agama, bangsa, budaya dan bahasa, perkembangan produk halal wajar didukung oleh usahawan Muslim. Inilah cabaran yang harus disambut usahawan Muslim.


Salam Cemerlang Jumpa Lagi,

05 June 2006

Bangsa Melayuku...

Hello pembaca d3LY.blogspot,

Disini dikongsikan sedikit bagaimana bangsa lain boleh maju setapak kehadapan!!!

Peniaga tepi jalan biasanya tidak dipandang orang. Tetapi tahukah anda ramai antara mereka boleh digelar jutawan senyap? Mengapakah mereka dapat 'keluar' daripada belenggu kemiskinan untuk meraih kekayaan? Kisah-kisah mereka dikongsi oleh pakar motivasi dan penulis Menjejaki Jutawan Senyap, Dr Rusly Abdullah. Beliau menyampaikan ceramah itu di Sidang Perancangan Kewangan Berita Harian 2005, yang dianjur bersama SSA Consulting Group dan ditaja Maybank. Ini bahagian terakhir dalam siri laporan ceramah di sidang itu.

TIDAK perlu perniagaan canggih dan modal besar. Berniaga air soya, char kuey dan cendol di flat atau gerai kecil pun boleh jadi kaya. Semuanya bermula dengan membebaskan minda agar keluar daripada kepompong keselesaan (comfort zone) dan 'melihat dan nampak' peluang menjana kekayaan, kata pakar motivasi dan penulis Menjejaki Jutawan Senyap, Dr Rusly Abdullah. Sebagai seorang mantan pegawai bank di Malaysia, Dr Rusly memerhatikan banyak jutawan senyap yang datang ke bank untuk menyimpan wang jutaan dolar walaupun mereka merupakan ibu tunggal, penjaja nasi lemak atau bekas pendatang haram. Selama 22 tahun, beliau menyelami aspirasi, motivasi dan prinsip orang-orang biasa ini yang dapat menjadi jutawan secara senyap.
Ia juga mendorong beliau sendiri meletak jawatan sebagai pengurus bank untuk berjaja di pasar malam menjual char kuey sehingga menjadi seorang jutawan. Menceritakan mengenai kisah seorang pendatang haram Indonesia, Diyono Santoso, yang ditemuinya ketika bekerja di bank, Dr Rusly berkata Diyono berjaya menjadi seorang jutawan, tinggal di sebuah banglo dan memandu kereta BMW walaupun 'datang dengan perahu dan turun kepala dahulu'. Kejayaan Diyono amat menyentak beliau. 'Mengapakah saya, seorang pegawai bank yang hidup lebih senang, tidak boleh menjadi jutawan? Ini kerana saya selesa dengan kepompong keselesaan saya dan ditimpa sindrom 'melihat tetapi tak nampak'. 'Bezanya Diyono ialah beliau melihat dan nampak peluang,' kata Dr Rusly. Apa yang dilihat dan dinampak Diyono? Diyono memerhatikan orang di Malaysia, kalau ke pasar, mesti membeli barang dan orang tidak akan menawar harga di bawah RM1. Kesimpulannya, sesiapa yang menjual barangan berharga 50 sen atau RM1 akan laris dan mendapat hasil lumayan. Jadi, Diyono mengambil keputusan menjual air soya dan cendol merah, cerita Dr Rusly kepada 600 peserta yang menghadiri ceramah Membina Minda Jutawan di Sidang Perancangan Kewangan Berita Harian 2005 di Pusat Konvensyen Raffles City baru-baru ini. Bermula berniaga di sebuah warung Kampung Baru, Diyono berjaya mempunyai tujuh warung yang kesemuanya menjana RM700 ($315) sehari atau RM21,000 sebulan. Beliau juga rajin berusaha dan tidak pernah menutup kedai kalau tidak perlu. Semasa hendak pulang ke Indonesia, Diyono membawa pulang wang simpanan RM400,000, yang digunakan bagi membina empayar perniagaan di Indonesia sehingga berjaya menjadi usahawan berjaya sehingga kini. 'Diyono mengubah tanggapan saya mengenai perniagaan. Membuat kekayaan tidak semestinya memerlukan perniagaan yang gah atau glamor. 'Rupa-rupanya ada ribuan orang yang kaya dengan perniagaan yang tidak glamor dan tak ada kad bisnes,' tegas Dr Rusly, yang juga dikenali sebagai Cef Li, yang memiliki Institut Teknologi Kulinari Anjung Utara (Itkau) di Kuala Kubu Bahru, Selongor. Peserta juga tergelak mendengar cerita Ah Hong, seorang peniaga Cina yang buta huruf dan menjual Yong Tau Foo di rumahnya. Ah Hong akan muncul setiap hari di bank dan memasukkan wang sebanyak RM200 atau RM300 ke dalam akaunnya. Beliau memiliki dua rumah kedai, sebuah dua rumah teres dan dua orang anak yang belajar di luar negara hasil perbelanjaannya sendiri. Apabila ditanya bagaimana beliau boleh menjadi kaya, Dr Rusly menceritakan bagaimana Ah Hong menjawab:

'Kita orang Cina masa tidur pun bikin wang tau. Sebelum tidur, sotong kering gua masuk dalam tong taruk air abu. Esok, jadi sotong kembang.'

'Kalau orang Melayu, masa tidur hanya kembang hidung,' seloroh Dr Rusly, diikuti derai ketawa peserta.

Bezanya, orang Cina sentiasa memikirkan cara membuat duit. Sikap orang Melayu mengenai perniagaan amat mengecewakan sedangkan Rasulullah bersabda bahawa sembilan daripada 10 pintu rezeki adalah menerusi perniagaan, tegas Dr Rusly. Kebanyakan orang Melayu segan menceburi bidang perniagaan kerana takut gagal. Ramai memberikan pelbagai alasan apabila disuruh berniaga: 'Nak jual apa? Boleh laku ke? Nak cari modal, boleh pengsan.' Menurut Dr Rusly, manusia perlu mempunyai kepercayaan dan keyakinan diri untuk menjadi kaya. Biasanya, satu desakan atau provokasi akan membakar semangat untuk meningkatkan taraf hidup agar menjadi jutawan. 'Kalau kita pandai masak nasi beriani, tetapi tidak ada semangat dan minda jutawan, beriani kita akan terkubur begitu saja. 'Tetapi, kalau kita ada minda jutawan, ia boleh membawa kepada kekayaan,' Dr Rusly. Buat langkah awal, beliau menyeru peserta berniaga secara kecil-kecilan - buat biskut dan dibungkus untuk dijual di pejabat. 'Sementara belum laku, kalau orang tanya siapa yang buat, katakan kilang yang buat. Kalau sedap, baru kata awak yang buat,' seloroh beliau.
Anda boleh mendapatkan buku beliau di pasaran yang bertajuk 'Jutawan Senyap' untuk mendapatkan lebih banyak ilmu keusahawanan. Bahan bacaan yang sangat menarik!!

Jumpa lagi salam cemerlang.

04 June 2006

Raja Gula

Maxis, KLCC & Measat hanyalah 3 dari sejumlah besar projek yang melibatkan beliau.

T. ANANDA Krishnan adalah individu yang menguasai Maxis dan beberapa syarikat awam lain. Beliau lebih dikenali dengan nama AK. Pada tahun 2003, beliau adalah individu terkaya di Malaysia.

Kejayaan

Beliau adalah Pengasas Usaha Tegas Sdn. Bhd. dan beliau memiliki 70 peratus saham Usaha Tegas. Beliau juga memiliki sepenuhnya, yakni 100 peratus pegangan dalam Binariang Satellites Systems atau BSS.

Aspirasinya adalah menjadikan Measat Broadcast Network Systems atau Astro sebagai syarikat media bertaraf global. Melalui Binariang Satellites Systems beliau memiliki dua buah satelit orbit, iaitu Measat 1 dan Measat 2. 43 peratus pegangan dalam KLCC Holdings. Tetapi, beliau sudah menjual kepentingannya dalam KLCC Holdings dan memperoleh RM1.2 bilion.

Usaha Tegas Sdn. Bhd. pula memiliki 33 peratus kepentingan dalam Tanjong Plc, 90 peratus kepentingan dalam Maxis Communications Berhad, 100 peratus pegangan dalam Measat Broadcast Network Systems. Tanjong Plc pula memiliki 84 peratus saham Powertek Bhd.

Beliau juga mempunyai kepentingan dalam Bumi Armada Berhad, iaitu syarikat perkapalan. Objektif Bersatu Sdn. Bhd. dengan 49 peratus kepentingan. Syarikat filem yang berpusat di Hong Kong, iaitu Celestial Pictures Ltd. dengan 100 peratus kepentingan. Kepentingan Ananda Krishnan dalam Celestial Pictures Ltd. dibeli daripada Shaw Brothers pada tahun 2000 dengan harga RM292.6 juta.

Dua buah syarikat, iaitu Zodan dan Zudavi. Dua syarikat itu adalah antara enam buah syarikat yang diberikan hak menggali minyak dan gas di Indonesia pada tahun 2001. Kepentingannya dalam Bumi Armada Berhad diperoleh melalui Objektif Bersatu Sdn. Bhd., iaitu syarikat yang dibeli dengan usahawan bernama Wan Ariff Wan Hamzah.

Projek-projek yang menyumbang kepada kekayaan
Antara projek yang berjaya dan mendatangkan hasil yang lumayan adalah projek pembangunan KLCC iaitu usaha sama di antara Usaha Tegas Sdn. Bhd. dan Petronas.

Melalui pegangannya dalam Tanjong Plc pula, Usaha Tegas Sdn. Bhd. mempunyai kepentingan dalam industri hiburan seperti dalam Tanjong Golden Village Cinemas. Kedua-dua Tanjong Plc dan Powertek Berhad masing-masing mempunyai permodalan pasaran sebanyak RM2.2 bilion dan RM1.2 bilion. Maxis pula mempunyai seramai 2.3 juta pengguna, menjadikannya syarikat telekomunikasi yang terbesar di Malaysia.

Perkhidmatan TV Satelit Astro kini meliputi beberapa negara seperti Malaysia, Taiwan, Indonesia, India, Filipina, Brunei dan Vietnam. Di Malaysia sahaja, 850,000 orang menggunakan perkhidmatan TV Satelit Astro. Astro kini bernilai RM4 bilion. Binariang adalah syarikat televisyen satelit pertama negara, diberikan monopoli selama 20 tahun, iaitu sehingga tahun 2017.

Perniagaan di luar negara

Ananda Krishnan mempunyai kepentingan dalam bidang minyak dan gas di Amerika Syarikat, Sri Lanka, Mesir, Indonesia dan sebagainya. Beliau juga dikatakan memiliki dua buah studio animasi, sebuah di Filipina dan sebuah lagi di Hollywood. Beliau juga memiliki ladang pembakaan kuda di Australia. Selain itu, AK juga memiliki kepentingan dalam TVB.com, iaitu TV interaktif yang berpusat di Hong Kong.

Pendidikan

Ananda Krishnan berketurunan Tamil dan bapanya berasal dari Sri Lanka. Beliau bersekolah rendah di Sekolah Rendah Tamil Vivekananda, Kuala Lumpur. Kemudian, beliau bersekolah di Victoria Institution, Kuala Lumpur.

Seterusnya, beliau melanjutkan pelajaran ke University of Melbourne bagi mendapatkan ijazah sarjana muda pentadbiran perniagaan. Bagi peringkat sarjana pula, beliau melanjutkan pengajiannya ke Harvard University, Amerika Syarikat pada tahun 1964 dalam bidang ijazah pentadbiran perniagaan. Selepas mendapat ijazah sarjananya, beliau memulakan perniagaan dalam perdagangan minyak dan gas.

Keistimewaan

Ananda Krishnan adalah usahawan yang pandai memanfaatkan teknologi baru dan peluang perniagaan yang muncul. Kebijaksanaannya terserlah lagi kerana apabila Menara Berkembar Petronas dilancarkan, kadar penghuniannya adalah 100 peratus. Kini, kadar penghuni bagi Menara Berkembar Petronas masih tinggi, iaitu pada kadar 80 peratus.

Sumbangan

Ananda Krishnan banyak menyumbang kepada aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan. Contohnya, beliau mendermakan sebanyak RM160 juta kepada beberapa dana pendidikan di Malaysia.

Syarikat yang menyumbang dengan jumlah RM160 juta itu adalah Maxis Communications Berhad, Tanjong Plc dan Measat Broadcast Network Systems Sdn. Bhd. Daripada jumlah itu, RM100 juta didermakan kepada Dana Harapan Nusantara.

Dana Harapan Nusantara ditubuhkan oleh Ananda Krishnan sendiri melalui syarikatnya Usaha Tegas Sdn. Bhd. khas bagi pelajar Bumiputera. Dana Harapan Nusantara juga diberi peruntukan khas, iaitu 300 juta saham dalam Maxis yang bernilai kira-kira RM100 juta, yang dapat dijual apabila perlu.

Dana Harapan Nusantara juga melaksanakan pelbagai projek. Antaranya adalah projek bagi membantu pelajar Bumiputera melanjutkan pelajaran ke luar negara melalui program berkembar di universiti dan kolej swasta tempatan.

Mulai tahun 2004, 100 orang pelajar dipilih setiap tahun bagi menyertai program itu. Selain itu, sebanyak RM5 juta juga diperuntukkan bagi pengurus dan profesional Bumiputera supaya mereka dapat menyertai program pendidikan eksekutif di Harvard Business School.

Usaha Tegas juga menubuhkan Yayasan Yu Cai dengan geran awal sebanyak RM25 juta. Yayasan Yu Cai diwujudkan bagi menyemai dan membangunkan bakat dalam pelbagai bidang.

Sumbangan pertama Yayasan Yu Cai adalah sebanyak RM5 juta yang diperuntukkan bagi membantu penubuhan Jabatan Amalan dan Falsafah Tradisional Cina di Universiti Tun Abdul Razak.

Usaha Tegas juga memperuntukkan sebanyak RM5 juta bagi Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia. Selain itu, Tanjong, Maxis dan Measat pula secara bersama menyumbangkan sebanyak RM10 million kepada Universiti Tun Abdul Razak.

Petikan ini adalah dari SaifulSham.com.

03 June 2006

Usahawan Tani

Hello pembaca d3LY.blogspot,

Cuti selama dua minggu dah menjadi seminggu cepatnya!!!!Pastikan anda menggunakan cuti ini dengan sebaiknya.Anda sebagai pelajar lakukan tugas anda sebagai pelajar dan hamba ALLAH yang soleh.

Baiklah, hari ini saya ingin berkongsikan perihal keusahawanan yang dapat saya korek dari sesebuah web. Beliau adalah seorang usahawan tani yang baru mengorak langkah tetapi kini sudah mampu berbangga atas pencapaiannya.

Saya teruja untuk bercerita mengenai beliau disebabkan beliau masih muda, berumur 23 tahun akan tetapi mempunyai sebuah syarikat sendiri yang melibatkan diri dalam dunia pertanian.

Husam, 23, adalah seorang pelajar jurusan IT di sebuah universiti(UTP). Dilihat dari luaran, ramai yang akan beranggapan beliau adalah anak orang kaya dengan gayanya memandu Toyota Vios ketika masih menuntut.

Husam telah memulakan bisnes sejak awal kemasukannya di UTP. Pada awalnya, beliau memulakan bisnes alat muzik yang diimportnya dari negara Arab. Dengan kelebihan ibunya berdarah arab, sedikit sebanyak beliau tahu selok belok berniaga import alat-alat muzik terutama negara-negara Teluk.

Satu pencapaian mengkagumkan saya!

Husam menyambung lagi, perniagaan alat muzik itu tidak bertahan lama kerana permintaan yang tidak berapa menggalakkan. Kemudian, beliau menggunakan keuntungan perniagaan alat muzik itu untuk menukar perniagaannya, usahawan kambing!

Ya, Husam mula melibatkan diri dengan perniagaan haiwan ini pada tahun lepas. Beliau mengimport baka kambing Australia (yang besar macam anak lembu) dan dikacuknya dengan kambing tempatan.

Disamping menternak kambing itu, beliau juga menggunakan peluang membuat trading terhadap kambing yang dibelinya dari penternak di ladang dan dijual kembali kepada kedai-kedai makanan.

Kini, beliau mempunyai kontrak untuk membekalkan 12 ekor kambing sehari kepada sebuah restoran mamak! Saya membuat kira-kira, jika untung bersih (termasuk setelah ditolak kos-kos sampingan) yang diambilnya adalah RM30 untuk seekor kambing, Husam boleh membuat keuntungan berjumlah RM 360 sehari!

Kata Husam lagi, sebulan sekurang-kurangnya ada 25 hari tugasnya. Bermakna, Husam mempunyai pendapatan bersih RM9,000 dari perniagaan trading kambing sahaja sebulan.

Saya sebenarnya kagum akan usia dan usahanya. Siapa sangka diuniversiti yang selalu menekankan bidang kejuruteraan dan IT, terdapat juga segelintir pelajar yang mempunyai semangat usahawan dan tidak bergantung kepada mana-mana pihak untuk mendapat kerja setelah tamat belajar.

Kata Husam lagi, kandangnya kini diuruskan keluarganya dan ahli keluarga beliau menjadi pekerja syarikatnya.

Husam memberitahu, beliau membahagikan masa belajar dan berniaga. Selalunya beliau akan pulang ke ladangnya setiap hari Jumaat dan pulang semula ke universiti pada hari sabtu atau ahad.

Orang seperti Husam mungkin hanya seorang dari puluhan ribu pelajar IPT. Beliau nampak apa yang orang lain tidak nampak. Itu yang membuatkan saya kagum akannya.
Saya percaya beliau tidak akan keluh kesah jika apabila tamat graduasi tahun ini, beliau tidak perlu menunggu berbulan-bulan untuk mendapat kerja.

Husam adalah contoh usahawan tani yang sedang meningkat maju. Yang saya kagumnya, beliau usahawan tani ketika masih menuntut. Itu yang tiada pada orang lain.

Bidang ini sememangnya mempunyai potesi besar untuk berjaya!! :)


Salam cemerlang, Jumpa lagi..

02 June 2006

Pendapatan Jutawan Malaysia

Hello pembaca d3LY.blogspot,

Saya ada membelek majalah-majalah bisnes, mencari idea dan sesuatu untuk menulis di d3LY.blogspot;). Ada banyak artikel menarik yang amat sesuai dikongsi bersama pembaca !!!! Hehehe

d3LY.blogspot akan mendokong usaha kerajaan untuk melahirkan lebih 100,000 usahawan baru dalam rancangan Malaysia ke-9.Target kami untuk melahirkan sekurangnya 100 usahawan bidang netpreneur. Itu perancangan jangka panjang (huhu, besarnya impian).

Pertamanya bulan Jun ini, ada sesuatu menanti anda. Yang lain, keep secret dahulu.

Ok,lah…sebagaimana usaha kerajaan untuk melahirkan usahawan yang sekurang-kurangnya berpendapatan RM3 ribu sebulan, jadi, saya hari ini akan menceritakan kepada anda artikel dari majalah Malaysian Business, mengenai pendapatan OKB-OKB Malaysia sebagai pembakar semangat kepada usahawan baru.

Yalah, kadangkala, angka itu sudah cukup memberikan seribu satu motivasi kepada usahawan baru. Jadi, jeng-jeng-jeng…jom

1) Tan Sri Lim Kok Thay

Beliau merupakan ketua ekskutif dan pengerusi kumpulan Genting Berhad. Juga anak ketiga kepada pengasas Genting.

Kumpulan Genting adalah konglomerat terkemuka negara yang terbabit dalam industri komiditi, pembungkusan, penjanaan kuasa, percutian kapal mewah (Star Cruisse), dan juga perjudian.
Pendapatan tahunan: RM 64 juta ringgit tunai!

2) Tan Sri Teh Hong Piow

Berusia 70 tahun. Pengasas kepada Public Bank, iaitu kumpulan perbankan ketiga terbesar di Malaysia. Public Bank adalah merupakan antara bank saudagar terbaik di Malaysia dan banyak menerima pengiktiran tempatan dan antarabangsa.

Pendapatan tahunan: RM 18 juta.

3) Datuk Seri Sulaiman Taib

Berumur 38 tahun. Pemilik RHB Capital. Bapanya merupakan Ketua Menteri Sarawak.

Pendapatan tahunan: RM13.5 juta

4) Lee Shin Cheng

Pengasas IOI Corporation Bhd. Terlibat dalam industri perladangan, hartanah, dan olekimia.

Pendapatan tahunan : RM 12 juta

5) Tan Sri Vincent Tan

Pemilik Kumpulan Berjaya dan syarikat permainan perjudian, Berjaya Sports Toto.

Pendapatan tahunan : RM10 juta

Jadi, apa kesimpulannya? Sebenarnya terdapat ramai lagi tokoh usahawan dan korporat yang lebih berjaya dan mempunyai pendapatan mungkin melebihi puluhan juta ringgit setahun tetapi inilah angka secara tidak rasmi yang dapat dikorek oleh majalah Malaysian Business yang membuat kajian melalui keputusan kewangan syarikat tersebut, jumlah saham, cukai yang dibayar.

Secara kasarnya, masih banyak lagi giant OKB yang tidak diumumkan pendapatan mereka. Saya tidaklah mahu membandingkan OKB ini dengan kita atau secara lebih spesifiknya usahawan baru (netreprneur tuh ;p), cumanya ia sekadar pembakar semangat.

Pendapatan bagi sesetengah orang tidaklah penting untuk menggambarkan kejayaan sesetengah orang tetapi bagi saya, secara individu, saya melihat itu salah satu bukti kejayaan atas hasil penat lelah mereka.

Menjadi usahawan (tidak kiralah usahawan apa-apa pun), antara tujuannya adalah mencapai kebebasan kewangan!

Saya akhiri celoteh saya setakat ini, lepas ini banyak lagi topik akan dibincangkan.

” Menjadi doktor boleh merawat orang yang sakit…....”

Menjadi jurutera boleh mencipta sesuatu untuk masyarakat….”

Menjadi cikgu boleh mendidik anak bangsa…”

Tetapi menjadi usahawan boleh memberi sesuap nasi kepada orang lain….(dalam maknanya tuh)..

Still NonStop

Opening Bulan Jun hehehe..

Memang saya sibuk dengan kerja-kerja sekolah kerana terlampau banyak sangat..(kes kene dera) :( Hahaha... Bermula pada Jun ini saya akan sentiasa mengupdate blog ini dengan post-post yang baru kerana ia tergendala seketika akibat kerja sekolah dan komputer yang rosak teruk....uwa habis duit untuk repair!!!!!

GO Go GO Go d3ly.blogspot.com