02 June 2006

Pendapatan Jutawan Malaysia

Hello pembaca d3LY.blogspot,

Saya ada membelek majalah-majalah bisnes, mencari idea dan sesuatu untuk menulis di d3LY.blogspot;). Ada banyak artikel menarik yang amat sesuai dikongsi bersama pembaca !!!! Hehehe

d3LY.blogspot akan mendokong usaha kerajaan untuk melahirkan lebih 100,000 usahawan baru dalam rancangan Malaysia ke-9.Target kami untuk melahirkan sekurangnya 100 usahawan bidang netpreneur. Itu perancangan jangka panjang (huhu, besarnya impian).

Pertamanya bulan Jun ini, ada sesuatu menanti anda. Yang lain, keep secret dahulu.

Ok,lah…sebagaimana usaha kerajaan untuk melahirkan usahawan yang sekurang-kurangnya berpendapatan RM3 ribu sebulan, jadi, saya hari ini akan menceritakan kepada anda artikel dari majalah Malaysian Business, mengenai pendapatan OKB-OKB Malaysia sebagai pembakar semangat kepada usahawan baru.

Yalah, kadangkala, angka itu sudah cukup memberikan seribu satu motivasi kepada usahawan baru. Jadi, jeng-jeng-jeng…jom

1) Tan Sri Lim Kok Thay

Beliau merupakan ketua ekskutif dan pengerusi kumpulan Genting Berhad. Juga anak ketiga kepada pengasas Genting.

Kumpulan Genting adalah konglomerat terkemuka negara yang terbabit dalam industri komiditi, pembungkusan, penjanaan kuasa, percutian kapal mewah (Star Cruisse), dan juga perjudian.
Pendapatan tahunan: RM 64 juta ringgit tunai!

2) Tan Sri Teh Hong Piow

Berusia 70 tahun. Pengasas kepada Public Bank, iaitu kumpulan perbankan ketiga terbesar di Malaysia. Public Bank adalah merupakan antara bank saudagar terbaik di Malaysia dan banyak menerima pengiktiran tempatan dan antarabangsa.

Pendapatan tahunan: RM 18 juta.

3) Datuk Seri Sulaiman Taib

Berumur 38 tahun. Pemilik RHB Capital. Bapanya merupakan Ketua Menteri Sarawak.

Pendapatan tahunan: RM13.5 juta

4) Lee Shin Cheng

Pengasas IOI Corporation Bhd. Terlibat dalam industri perladangan, hartanah, dan olekimia.

Pendapatan tahunan : RM 12 juta

5) Tan Sri Vincent Tan

Pemilik Kumpulan Berjaya dan syarikat permainan perjudian, Berjaya Sports Toto.

Pendapatan tahunan : RM10 juta

Jadi, apa kesimpulannya? Sebenarnya terdapat ramai lagi tokoh usahawan dan korporat yang lebih berjaya dan mempunyai pendapatan mungkin melebihi puluhan juta ringgit setahun tetapi inilah angka secara tidak rasmi yang dapat dikorek oleh majalah Malaysian Business yang membuat kajian melalui keputusan kewangan syarikat tersebut, jumlah saham, cukai yang dibayar.

Secara kasarnya, masih banyak lagi giant OKB yang tidak diumumkan pendapatan mereka. Saya tidaklah mahu membandingkan OKB ini dengan kita atau secara lebih spesifiknya usahawan baru (netreprneur tuh ;p), cumanya ia sekadar pembakar semangat.

Pendapatan bagi sesetengah orang tidaklah penting untuk menggambarkan kejayaan sesetengah orang tetapi bagi saya, secara individu, saya melihat itu salah satu bukti kejayaan atas hasil penat lelah mereka.

Menjadi usahawan (tidak kiralah usahawan apa-apa pun), antara tujuannya adalah mencapai kebebasan kewangan!

Saya akhiri celoteh saya setakat ini, lepas ini banyak lagi topik akan dibincangkan.

” Menjadi doktor boleh merawat orang yang sakit…....”

Menjadi jurutera boleh mencipta sesuatu untuk masyarakat….”

Menjadi cikgu boleh mendidik anak bangsa…”

Tetapi menjadi usahawan boleh memberi sesuap nasi kepada orang lain….(dalam maknanya tuh)..

4 comments:

Anonymous said...

Menarik perkataan ni Menjadi cikgu boleh mendidik anak bangsa…” tapi tak mungkin selalu boleh buat camni Tetapi menjadi usahawan boleh memberi sesuap nasi kepada orang lain.

Labanon said...

Ya..Ya kita orang Islam sepatutnya mengikut jejak langak orang Islam.. tq atas nasihat anda Hafizani... :o

Breadwinner said...

Nak meniaga ni bukan mudah pada permulaan dan tak mustahil korang pun leh kaya. Tapi niaga le yang halal. Belambak peluang meniaga kat dunia ni, cuma kita perlu peka je dengan keperluan sekarang. Kalau sekarang harga gula naik coz gula kena seludup gi Thailand, korang boleh gi nanam pokok tebu dan jaja tebu korang kat kilang gula. Takpun sesaper yg ader kebun getah, rajin2 la noreh sbb skarang harga getah naik.

Meniaga kat Internet lagi mudah coz korang tak perlu pakai baju kemas gi kerja. Just dok depan komputer, saper tahu rupa sebenor korang? Yang dipandang ialah kualiti, bukan kuantitit

Watan Marhaen said...

Dear Hafizan,
Bukan Tan Sri sulaiman taib tapi Datuk Seri Sulaiman AbdulRahman dan memang usianya betul yang anda maksudkan itu ialah ayahnya Pehin Seri Abdul Taib, KM Sarawak