03 June 2006

Usahawan Tani

Hello pembaca d3LY.blogspot,

Cuti selama dua minggu dah menjadi seminggu cepatnya!!!!Pastikan anda menggunakan cuti ini dengan sebaiknya.Anda sebagai pelajar lakukan tugas anda sebagai pelajar dan hamba ALLAH yang soleh.

Baiklah, hari ini saya ingin berkongsikan perihal keusahawanan yang dapat saya korek dari sesebuah web. Beliau adalah seorang usahawan tani yang baru mengorak langkah tetapi kini sudah mampu berbangga atas pencapaiannya.

Saya teruja untuk bercerita mengenai beliau disebabkan beliau masih muda, berumur 23 tahun akan tetapi mempunyai sebuah syarikat sendiri yang melibatkan diri dalam dunia pertanian.

Husam, 23, adalah seorang pelajar jurusan IT di sebuah universiti(UTP). Dilihat dari luaran, ramai yang akan beranggapan beliau adalah anak orang kaya dengan gayanya memandu Toyota Vios ketika masih menuntut.

Husam telah memulakan bisnes sejak awal kemasukannya di UTP. Pada awalnya, beliau memulakan bisnes alat muzik yang diimportnya dari negara Arab. Dengan kelebihan ibunya berdarah arab, sedikit sebanyak beliau tahu selok belok berniaga import alat-alat muzik terutama negara-negara Teluk.

Satu pencapaian mengkagumkan saya!

Husam menyambung lagi, perniagaan alat muzik itu tidak bertahan lama kerana permintaan yang tidak berapa menggalakkan. Kemudian, beliau menggunakan keuntungan perniagaan alat muzik itu untuk menukar perniagaannya, usahawan kambing!

Ya, Husam mula melibatkan diri dengan perniagaan haiwan ini pada tahun lepas. Beliau mengimport baka kambing Australia (yang besar macam anak lembu) dan dikacuknya dengan kambing tempatan.

Disamping menternak kambing itu, beliau juga menggunakan peluang membuat trading terhadap kambing yang dibelinya dari penternak di ladang dan dijual kembali kepada kedai-kedai makanan.

Kini, beliau mempunyai kontrak untuk membekalkan 12 ekor kambing sehari kepada sebuah restoran mamak! Saya membuat kira-kira, jika untung bersih (termasuk setelah ditolak kos-kos sampingan) yang diambilnya adalah RM30 untuk seekor kambing, Husam boleh membuat keuntungan berjumlah RM 360 sehari!

Kata Husam lagi, sebulan sekurang-kurangnya ada 25 hari tugasnya. Bermakna, Husam mempunyai pendapatan bersih RM9,000 dari perniagaan trading kambing sahaja sebulan.

Saya sebenarnya kagum akan usia dan usahanya. Siapa sangka diuniversiti yang selalu menekankan bidang kejuruteraan dan IT, terdapat juga segelintir pelajar yang mempunyai semangat usahawan dan tidak bergantung kepada mana-mana pihak untuk mendapat kerja setelah tamat belajar.

Kata Husam lagi, kandangnya kini diuruskan keluarganya dan ahli keluarga beliau menjadi pekerja syarikatnya.

Husam memberitahu, beliau membahagikan masa belajar dan berniaga. Selalunya beliau akan pulang ke ladangnya setiap hari Jumaat dan pulang semula ke universiti pada hari sabtu atau ahad.

Orang seperti Husam mungkin hanya seorang dari puluhan ribu pelajar IPT. Beliau nampak apa yang orang lain tidak nampak. Itu yang membuatkan saya kagum akannya.
Saya percaya beliau tidak akan keluh kesah jika apabila tamat graduasi tahun ini, beliau tidak perlu menunggu berbulan-bulan untuk mendapat kerja.

Husam adalah contoh usahawan tani yang sedang meningkat maju. Yang saya kagumnya, beliau usahawan tani ketika masih menuntut. Itu yang tiada pada orang lain.

Bidang ini sememangnya mempunyai potesi besar untuk berjaya!! :)


Salam cemerlang, Jumpa lagi..

10 comments:

Tok Jawa said...

hmm.. menarik juga yer jadi usahawan tani nie… buat masa ini.. memang banyak saya dengar tentang kejayaan usahawan tani nie.. tetapi hati nie masih belum terbuka lagi untuk menceburi bidang pertanian ini, tapi insyallah, mana tahu satu hari nanti… kalau ada rezeki & peluang, saya pun ingin menceburi bidang ini.

Dr.Love said...

Bagus lah jika anda ada hasrat untuk menceburi bidang pertanian ini kerana ia akan membawa anda menjadi JUTAWAN!!

T.Q Atas sokongan anda

Support Team said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Dr.Love said...

Owh.. adakah ini satu jenyah.. Hehe harap Team Saifulsham menghalalkan ekk.. kekeke

cikguonline said...

Chapter M adalah sebuah ebook yg mensti anda dapatkan bagi menjalankan perniagaan secara global di internet. Untuk keterang lanjut sila ke laman yg saya senaraikan di blog saya. TQ

Support Team said...

Labanon,

1) Letakkan artikel ini dipetik dari Portal Keusahawanan #1 Malaysia, SaifulSham.com (dan link kan ke SaifulSham.com) seblum artikel tersebut.

2) Jangan ubah artikel tersebut, contoh seperti post OKB di bawah. Kekalikan SaifulSham dengan SaifulSham. Jangan tukar d3LY.blogspot .

Kami tidak kisah jika Labanon nak letakkan artikel tersebut, tapi ubah mana-mana yang patut dulu ye.

Terima kasih.

Harap maklum.

Anonymous said...

I find some information here.

usahawantani said...

Disini anda juga mampu berjaya, usahakan serai secara sambilan tetapi pendapatan tetap lumayan, layari usahawantani.fotopages.com. Selamat Mencuba!

CendawanBaru said...

Kalau anda rasa berniaga atau bekerja itu payah... lihat disini sebelum berhenti usaha anda. http://usefulnuseless.blogspot.com/

usahawan berjaya said...

Salam, saper2 nak jdi usahawan yg berjaya?
Layari http://epreneurs.biz untuk dpatkn kursus percuma.
Untuk 100 orang pertama sahaja.