05 June 2006

Bangsa Melayuku...

Hello pembaca d3LY.blogspot,

Disini dikongsikan sedikit bagaimana bangsa lain boleh maju setapak kehadapan!!!

Peniaga tepi jalan biasanya tidak dipandang orang. Tetapi tahukah anda ramai antara mereka boleh digelar jutawan senyap? Mengapakah mereka dapat 'keluar' daripada belenggu kemiskinan untuk meraih kekayaan? Kisah-kisah mereka dikongsi oleh pakar motivasi dan penulis Menjejaki Jutawan Senyap, Dr Rusly Abdullah. Beliau menyampaikan ceramah itu di Sidang Perancangan Kewangan Berita Harian 2005, yang dianjur bersama SSA Consulting Group dan ditaja Maybank. Ini bahagian terakhir dalam siri laporan ceramah di sidang itu.

TIDAK perlu perniagaan canggih dan modal besar. Berniaga air soya, char kuey dan cendol di flat atau gerai kecil pun boleh jadi kaya. Semuanya bermula dengan membebaskan minda agar keluar daripada kepompong keselesaan (comfort zone) dan 'melihat dan nampak' peluang menjana kekayaan, kata pakar motivasi dan penulis Menjejaki Jutawan Senyap, Dr Rusly Abdullah. Sebagai seorang mantan pegawai bank di Malaysia, Dr Rusly memerhatikan banyak jutawan senyap yang datang ke bank untuk menyimpan wang jutaan dolar walaupun mereka merupakan ibu tunggal, penjaja nasi lemak atau bekas pendatang haram. Selama 22 tahun, beliau menyelami aspirasi, motivasi dan prinsip orang-orang biasa ini yang dapat menjadi jutawan secara senyap.
Ia juga mendorong beliau sendiri meletak jawatan sebagai pengurus bank untuk berjaja di pasar malam menjual char kuey sehingga menjadi seorang jutawan. Menceritakan mengenai kisah seorang pendatang haram Indonesia, Diyono Santoso, yang ditemuinya ketika bekerja di bank, Dr Rusly berkata Diyono berjaya menjadi seorang jutawan, tinggal di sebuah banglo dan memandu kereta BMW walaupun 'datang dengan perahu dan turun kepala dahulu'. Kejayaan Diyono amat menyentak beliau. 'Mengapakah saya, seorang pegawai bank yang hidup lebih senang, tidak boleh menjadi jutawan? Ini kerana saya selesa dengan kepompong keselesaan saya dan ditimpa sindrom 'melihat tetapi tak nampak'. 'Bezanya Diyono ialah beliau melihat dan nampak peluang,' kata Dr Rusly. Apa yang dilihat dan dinampak Diyono? Diyono memerhatikan orang di Malaysia, kalau ke pasar, mesti membeli barang dan orang tidak akan menawar harga di bawah RM1. Kesimpulannya, sesiapa yang menjual barangan berharga 50 sen atau RM1 akan laris dan mendapat hasil lumayan. Jadi, Diyono mengambil keputusan menjual air soya dan cendol merah, cerita Dr Rusly kepada 600 peserta yang menghadiri ceramah Membina Minda Jutawan di Sidang Perancangan Kewangan Berita Harian 2005 di Pusat Konvensyen Raffles City baru-baru ini. Bermula berniaga di sebuah warung Kampung Baru, Diyono berjaya mempunyai tujuh warung yang kesemuanya menjana RM700 ($315) sehari atau RM21,000 sebulan. Beliau juga rajin berusaha dan tidak pernah menutup kedai kalau tidak perlu. Semasa hendak pulang ke Indonesia, Diyono membawa pulang wang simpanan RM400,000, yang digunakan bagi membina empayar perniagaan di Indonesia sehingga berjaya menjadi usahawan berjaya sehingga kini. 'Diyono mengubah tanggapan saya mengenai perniagaan. Membuat kekayaan tidak semestinya memerlukan perniagaan yang gah atau glamor. 'Rupa-rupanya ada ribuan orang yang kaya dengan perniagaan yang tidak glamor dan tak ada kad bisnes,' tegas Dr Rusly, yang juga dikenali sebagai Cef Li, yang memiliki Institut Teknologi Kulinari Anjung Utara (Itkau) di Kuala Kubu Bahru, Selongor. Peserta juga tergelak mendengar cerita Ah Hong, seorang peniaga Cina yang buta huruf dan menjual Yong Tau Foo di rumahnya. Ah Hong akan muncul setiap hari di bank dan memasukkan wang sebanyak RM200 atau RM300 ke dalam akaunnya. Beliau memiliki dua rumah kedai, sebuah dua rumah teres dan dua orang anak yang belajar di luar negara hasil perbelanjaannya sendiri. Apabila ditanya bagaimana beliau boleh menjadi kaya, Dr Rusly menceritakan bagaimana Ah Hong menjawab:

'Kita orang Cina masa tidur pun bikin wang tau. Sebelum tidur, sotong kering gua masuk dalam tong taruk air abu. Esok, jadi sotong kembang.'

'Kalau orang Melayu, masa tidur hanya kembang hidung,' seloroh Dr Rusly, diikuti derai ketawa peserta.

Bezanya, orang Cina sentiasa memikirkan cara membuat duit. Sikap orang Melayu mengenai perniagaan amat mengecewakan sedangkan Rasulullah bersabda bahawa sembilan daripada 10 pintu rezeki adalah menerusi perniagaan, tegas Dr Rusly. Kebanyakan orang Melayu segan menceburi bidang perniagaan kerana takut gagal. Ramai memberikan pelbagai alasan apabila disuruh berniaga: 'Nak jual apa? Boleh laku ke? Nak cari modal, boleh pengsan.' Menurut Dr Rusly, manusia perlu mempunyai kepercayaan dan keyakinan diri untuk menjadi kaya. Biasanya, satu desakan atau provokasi akan membakar semangat untuk meningkatkan taraf hidup agar menjadi jutawan. 'Kalau kita pandai masak nasi beriani, tetapi tidak ada semangat dan minda jutawan, beriani kita akan terkubur begitu saja. 'Tetapi, kalau kita ada minda jutawan, ia boleh membawa kepada kekayaan,' Dr Rusly. Buat langkah awal, beliau menyeru peserta berniaga secara kecil-kecilan - buat biskut dan dibungkus untuk dijual di pejabat. 'Sementara belum laku, kalau orang tanya siapa yang buat, katakan kilang yang buat. Kalau sedap, baru kata awak yang buat,' seloroh beliau.
Anda boleh mendapatkan buku beliau di pasaran yang bertajuk 'Jutawan Senyap' untuk mendapatkan lebih banyak ilmu keusahawanan. Bahan bacaan yang sangat menarik!!

Jumpa lagi salam cemerlang.

4 comments:

G-kin said...

Aper lagi d3ly, ko meniaga le. Saper tau, "Jutawan Senyap" yg dimaksudkn tu sebenarnya ialah seorang pelajar yg berumur 16 tahun yg sedang lagi menuntut.

Nak start meniaga masa ni pun bleh, cuma
masa tu kener peka... huhuhu

Tok Jawa said...

Orang Melayu selalu buat kerja menangguh dan apabila melihat bangsa lain maju timbulah hasad dengki yang bukan membawa kepada kebaikan tetapi kepada keburukkan..

Dr.Love said...

Semoga kamu semua dapat menceburi bidang perniagaan yang bermodal kecil ini :)

Anonymous said...

Great site lots of usefull infomation here.
»