03 August 2006

Merdeka

Assalamualaikum kepada semua pembaca d3ly.blogspot.com,

Huh sedap betul kursus ke Cherating Pahang.. banyak betul tips menjadi pemimpin yang kami dapat semasa berada disana termasuklah tips-tips menguruskan kewangan.. heheh nanti saya akan kongsikan kepada anda.

Baiklah sudah masuk bulan Ogos jadi ape lagi marilah kita bekerja dan belajar dengan penuh semangat dan gigih supaya kita berjaya.Jadi satu tips hari ini ialah berharga RM457 hehe.

Kehidupan kita pada abad ini memang penuh dengan peniruan dan pembaca sekalian juga merupakan pakar meniru. Sejak dari kecil lagi kita meniru... cara berjalan,melompat,ketawa dan sebagainya.Peniruan sebegini memang merupakan peniruan yang sihat kerana ia akan memberi kebaikan kepada kita.

Tetapi yang saya amat kecewa dan sedih ialah ramai rakyat Malaysia yang meniru perkara yang negative.. orang hisap rokok kita pun hisap rokok(tetapi saya kagum dengan perokok sekarang kerana mereka mampu untuk membeli rokok walaupun harga mahal),meniru gaya punk,mat motor (maaf bukan maksud saya untuk menyindir)dan sebagainya.Kenapa kita TIDAK MENGGUNAKAN KEPAKARAN MENIRU KITA untuk meniru orang-orang yang berjaya dan hebat seperti Dr.IrfanKhairi,SaifulSham dan sebagainya.Saya percaya jika anda semua menggunakan kemahiran meniru anda untuk kebaikan anda boleh menjadi usahawan yang berjaya sekaligus memartabatkan bangsa kita di persada dunia.

Sekian Wassalam..sila komen

Telah terbit... buku terhangat di pasaran untuk orang2 yang sedang mabuk bercinta... klik disini untuk maklumat lanjut.

By: Labanon

5 comments:

Unknown said...

Fulammak! Blog awak berwajah baru. Semoga berjaya.

Labanon said...

tq uzailun... moga anda juga berjaya

Anonymous said...

wajah baru, artikel baru, pengunjung baru, cuma design... To be continue

Anonymous said...

hehe.....oklah wajah baru....quite nice but honestly i think still almost 60% sama design lama :D

Anonymous said...

Haha.. saya memang pro bab2 meniru nihs terutama dalam peperiksaan...