07 August 2006

Kejutan

Assalamualaikum kepada semua pembaca d3ly.blogspot,

Saya cukup berterima kasih kepada semua kerana support saya dan memberi semangat kepada saya untuk terus dalam ebiz ini.Saya juga akan membeli domain www.d3ly.com dalam masa terdekat sebagai turning point untuk saya berjaya insyallah..

Anda mungkin terkejut jika saya mengemukakan fakta ini!!Iaitu perbelanjaan RM100 sebulan selepas persaraan tidak cukup dan anda perlu RM52ribu untuk meneruskan kehidupan bermula umur 55thn(bersara) hingga 75thn..Bayangkan begitu banyak jumlah wang yang kita perlukan untuk meneruskan kehidupan jadi anda perlu berjimat cermat dalam berbelanja bermula dari usia semuda 20-an dan melaburlah di dalam institusi yang tertentu(jangan boros). Perbelanjaan RM100 sebulan memang tidak cukup di masa akan datang dan jika anda berbelanja RM200 sebulan di dalam masa 25thn anda perlu RM104 ribu untuk meneruskan kehidupan.

Bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran didalam bidang medical di luar negara anda perlu RM1juta..ya sememangnya anda akan mendapat biasiswa tetapi ramai sekarang yang tidak mendapat biasiswa untuk menyambungkan pelajaranya dan jika anda tergolong dalam kumpulan ini bagaimana??..ya ibubapa anda memang kaya..tetapi saya rasa ibubapa anda tidakkan akan memberi anda RM1juta untuk meneruskan pelajaran percayalah bukan senang untuk menyerahkan wang sebegitu banyak
jadi berjimat-cermatlah mulai sekarang.Saya perlu menyedarkan anda semua hari ini kerana ramai rakyat Malaysia suka berboros dalam berbelanja tanpa memikirkan akibat pada masa hadapan.

Sekian Wassalam.

3 comments:

Anonymous said...

Hahaha... gunakan 'bahan' yg aku kasi tu dengan sebaik-baiknya... :p

Tapi, kalau anak belajar pun malas, sapa nak bagi 1 juta untuk ngaji kat oversea? Buat modal meniaga lagi bagus...

Labanon said...

Hahah tu bahan aku dapat semasa kursus laa G-kin

Anonymous said...

sekolah tadika agaknya berapa ribulah nanti yer..